ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kes lumba haram libatkan pertaruhan 15K di WCE, tiga ditahan

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini tular rakaman video perlumbaan haram motosikal yang dimuat naik di laman story Instagramshafarul.arysad @cu.ebundle’.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Lokasi perlumbaan dipercayai di susur keluar Setiawan, Lebuh Raya Persisir Pantai Barat (WCE), melibat dua buah motosikal yang beraksi ala ‘superman’ dengan wang pertaruhan bernilai RM 15,000.

Menurut akaun Facebook rasmi Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Perak, ia melibatkan kumpulan ‘Am ulala‘ dan ‘Kecik Super‘. Satu laporan polis telah pun dibuat terhadap rakaman video tersebut.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Bertindak atas maklumat, Skuad 42 JSPT IPK Perak telah berjaya mengesan kedua-dua kumpulan tersebut dan menahan tiga orang lelaki yang berumur lingkungan 22 hingga 24 tahun dibawah Seksyen 42 (1) APJ 1987 dan Seksyen 6 (1) Akta Pertaruhan 1953.

Dalam masa yang sama pihak JSPT IPK Perak memberi amaran kepada samseng jalanan tegar ini kerana Skuad 42 JSPT IPK Perak sentiasa mengawasi dan menjejaki mereka sehingga ke ‘lubang cacing’ sekalipun.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >>

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply