ARKIB

KATEGORI

Buletin

Insiden petrol bercampur air tular – Pengusaha stesen minyak mohon maaf

Berita Tempatan

Views

Harian Metro melaporkan, seorang pengusaha stesen minyak di Kampung Tok Dor, di Jertih, Terengganu memohon maaf kepada pemilik kenderaan yang rosak selepas bekalan petrol di stesen itu didapati bercampur air. Difahamkan insiden itu turut tular di media sosial dan menimbulkan pelbagai reaksi serta persepsi berbeza daripada warganet.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Pengusahanya, Mohamad Rozaki Awang Teh berkata, kejadian yang berlaku antara jam 7 sehingga 8.30 pagi itu disedari selepas beberapa kereta yang selesai mengisi minyak di stesen minyak itu tersadai beberapa meter dari kawasan itu. Katanya, selepas diperiksa, didapati RON 95 dari lapan nozel di empat pam minyak didapati bercampur air selepas tangki bekalan dimasuki air akibat hujan lebat sejak awal pagi kelmarin.

Tambahnya, ia kali pertama kejadian ini berlaku sejak stesen minyak ini dibuka pada 2016. Rozaki berkata, dia mengambil keputusan menutup operasi perniagaan selama satu hari bagi mengelakkan lebih ramai yang terkesan. Pihaknya juga menanggung kerugian 20 pemilik kenderaan yang terjejas dengan memperuntukkan antara RM700 hingga RM800 untuk menunda kenderaan itu ke bengkel.

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi

Tambah Rozaki, kejadian ini bukan disengajakan atau mahu menganiayai pelanggan kerana kami amat mengutamakan kepentingan pelanggan. Beliau berkata, mereka juga turut mengarahkan pihak kontraktor memeriksa semula punca kejadian dan menyedut air dari dalam tangki minyak terbabit.

Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) turut datang untuk melakukan siasatan. Katanya lagi, jika hasil siasatan kelak mendapati terdapat unsur perbuatan khianat dari mana-mana pihak, mereka tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis. Beliau turut memaklumkan stesen minyak itu akan kembali beroperasi hari ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply