ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Tular

Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

Tular

Views

Semalam kami ada kongsikan beberapa foto dua unit motosikal Yamaha R25 yang berubah menjadi versi Power Rangers. Foto-foto yang kami kongsikan dari laman Facebook NearMiss.club itu mendapat perhatian ramai pembaca dan majoriti mereka sangat teruja melihat hasil pengubahsuaian tersebut.

Liveri  Power Rangers yang telah dibuat pada Yamaha R25 milik Amir Jais (Ranger Putih) dan Ayeh Harith (Ranger Hijau) itu sememangnya sangat ‘cocok’ dengan reka bentuk model tersebut yang garang dan sporty. Dalam banyak-banyak komen di hantaran tersebut, ada satu komen dari Naqeeb Ramdan yang menarik perhatian kami.

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

Komen tersebut memaparkan infografik mengenai apa yang telah diubah suai dan berapa kos yang telah dikeluarkan bagi merealisasikan Yamaha R25 versi Ranger Hijau. Berikut adalah senarai apa yang telah diubahsuai dan berapa kosnya secara berasingan:

  • Balutan badan kustom Ranger Hijau dari Modizz CreativeRM600
  • Rim VRossi bersama set cakera berkembar dari Radhit ModifikasiRM1,400
  • Mudguard GP dari Tupai Bike ShopRM200
  • Undercowl dari Tupai Bike ShopRM300

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70

  • Tayar Pirelli Diablo Rosso II  dari Chan Bikers – RM830
  • Hugger R1 dari Tupai Bike ShopRM280
  • Ekor Panigale dari Tupai Bike ShopRM580
  • Sarung tangki minyak R1M dari Tupai Bike ShopRM320
  • Winglet V1 dari Tupai Bike ShopRM120
  • Topi keledar kustom Ranger Hijau yang dicat dengan teknik semburan berus udara (airbrush) dari Zaki DesignRM1,200

Jumlah keseluruhan – RM5,830

Boleh tahan ‘keras’ juga modal yang akan lebur tu kan? Kalau anda memang peminat tegar Power Rangers dan ingin menyertai mereka berdua, boleh la bikin Yamaha R25 anda jadi Ranger Merah, Hitam, Kuning atau Merah Jambu pula nanti kan?

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit NearMiss.club

JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply