ARKIB

KATEGORI

Info

Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi

Views

Tersebutlah kisah sang Honda City,
Sedan segmen-B mahsyur sekali,
Berevolusi sudah lima generasi,
Kian anggun lagi berseri-seri.

Sengaja penulis buka artikel ini dengan empat rangkap pantun, ha.. masuk!!!

Baiklah, kita terus ke masuk mukaddimah dulu. Seperti yang kita semua maklum, Honda City kini masuk generasi kelima di Malaysia. Tapi kalau diikutkan, nama City sebenarnya telah mula wujud sejak tahun 1981 dan yang lebih menarik, asalnya model ini bukanlah sebuah sedan, tetapi sebuah hatchback kompak, lebih kurang saiz Perodua Kancil atau Kelisa.

Rekabentuk model City tampil dengan gaya ranggi dan ia hadir bersama gandingan ‘beregu’nya, sebuah motosikal kecil dengan enjin 49 cc yang dipanggil Motocompo. Ia dijana oleh enjin CVCC-II 1.2 liter dan ditawarkan dalam dua versi, tiga pintu dan dua pintu cabriolet.

Diringkaskan cerita, City baka awal versi hatchback kompak ini sempat berevolusi dua generasi dan ia juga menjadi model City terakhir yang dihasilkan di Jepun setelah pengeluarannya tamat pada 1994 dan kemudiannya namanya ditukar kepada Fit atau Jazz.

City generasi pertama (SX8) – 1996

Model ini lahir sebagai pengganti kepada Civic yang dinaiktaraf ke segmen lebih premium untuk pasaran Asia Tenggara. Ia dibangunkan oleh Honda Thailand menggunakan pelantar Civic EF (Civic generasi kelima). Model sedan mampu milik ini dijana oleh enjin 1.5 liter yang dipadankan dengan kotak gear automatik 4 kelajuan. City generasi pertama ini turut dikeluarkan di beberapa negara lain, antaranya India, Indonesia, Pakistan, Malaysia, Taiwan, dan juga Filipina.

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

City generasi kedua (GD8) – 2002

Rupa generasi kedua agak kontroversi dan mewujudkan pelbagai persepsi semasa ia mula diperkenalkan. Masakan tidak, ia nampak seolah-olah kerja ‘tangkap muat’, menyedankan sebuah hatchback (Jazz) dengan hanya menambah but.

Sememangnya model ini dibangunkan dari pelantar Honda Jazz GD3 dan penampilannya telah ditambah baik pada versi facelift pada tahun 2005. Yang menariknya, ia merupakan City yang pertama menerima kotak gear jenis CVT yang digandingkan dengan i-DSI 1.5 liter yang kemudiannya disusuli pula dengan enjin VTEC 1.5 liter.

Meskipun rupanya agak pelik, model ini turut dijual ke pasaran Jepun dengan nama Fit Aria. Generasi kedua City ini telah dihasilkan dibeberapa negara antaranya China, India, Jepun, Malaysia, Pakistan, Filipina dan juga Thailand.

City generasi ketiga (GM2) – 2008

Bangkit dari kesilapan model sebelumnya, generasi ketiga City tampil dengan gaya sedan yang lebih sempurna. Tiada lagi rupa hatchback disedankan dan ia tampak lebih seimbang dari segenap sudut. Dengan gaya ‘sedan 3 kotak’ konvensional, para pereka di Honda berjaya menjadikan rupa model ini agak menonjol dengan garis rekaan geometrikal.

Generasi ketiga City di Malaysia dikuasakan oleh enjin i-VTEC SOHC 1.5 liter dipadankan pula dengan transmisi 5-kelajuan yang menggantikan transmisi CVT yang kurang digemari. Model ini merupakan City pertama yang menerjah pasaran negara-negara Amerika Latin seperti Brazil, Argentina dan juga Mexico.

City generasi keempat (GM6 dan 7) – 2014

Generasi ketiga City mula diperkenalkan sejak 2014 dan tidak keterlaluan penulis mengatakan, ia menjadi penanda aras model sedan segmen-B yang seangkatan dengannya. Reka bentuknya lebih matang dan merupakan model kedua Honda yang mengaplikasikan tema rekaan “Exciting H” yang mula diperkenalkan pada model Jazz.

Ia masih lagi menggunakan enjin 1.5L i-VTEC tetapi Honda kembali menggunakan transmisi CVT dengan Teknologi Honda Earth Dreams. Buat julung kalinya varian hibrid diperkenalkan pada model City di Malaysia yang juga satu-satunya negara di luar Jepun yang mendapat varian ini.

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

City generasi kelima (GN 1,2 dan 3) – 2020

Kemunculan generasi kelima City yang dilancarkan baru-baru ini membuka lembaran baharu dalam persaingan sedan segmen-B. Dengan gaya reka bentuk yang lebih cenderung ke arah Eropah, ia mula diperkenalkan ke pasaran Thailand dengan enjin generasi baharu 1.0 liter tiga-silinder VTEC Turbo.

Ini melayakkannya untuk masuk ke segmen Kereta Eco Thailand Fasa 2 yang mempunyai piawaian yang lebih ketat, namun menerima insentif potongan cukai dari kerajaan negara tersebut. Di Malaysia, ia ditawarkan dengan empat pilihan varian, iaitu S, E, V dan sekali lagi negara ini diberi penghormatan untuk memperkenalkan varian RS e:HEV buat julung kalinya di peringkat global.

Varian S, E dan V dijana dengan enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang dipadankan dengan transmisi CVT. Gandingan ini mampu menghasilkan kuasa sebanyak 121PS, paling tinggi dalam kelasnya dan daya kilas maksimum 145Nm. Varian RS e:HEV pula akan dijana oleh rangkaian kuasa intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 108PS dan 253Nm daya kilas, yang tertinggi dalam kelasnya.

Enjin ini dipadankan dengan transmisi e-CVT yang memberikan pecutan yang lebih berkuasa dan lancar setanding dengan daya kilas enjin aspirasi normal model segmen-D. Varian City RS e:HEV pula dilengkapi dengan teknologi Honda SENSING yang menawarkan sistem bantuan keselamatan pemandu seperti berikut:

  • Kawalan Pemanduan Adaptif
  • Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran
  • Sistem Amaran Pelanggaran Hadapan
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong
  • Sistem Mitigasi Keluar Dari Jalan
  • Amaran Keluar Lorong
  • Lampu Tinggi Auto

City serba baharu didatangkan dalam lima warna yang menarik iaitu Merah Mutiara (Passion Red Pearl), Hitam Mutiara (Crystal Black Pearl), Kelabu (Modern Steel Metallic), Perak (Lunar Silver Metallic) dan warna baharu, Putih Mutiara (Platinum White Pearl).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply