ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Foto Intip

Views

Wah, wah, wah… akhirnya kita dapat melihat juga kelibat bakal SUV kompak baharu Perodua (D55L) yang bakal dilancarkan tahun depan. Foto panas ini telah dimuat naik ke portal rakan media kami di WapCar.my sebentar tadi dan difahamkan unit yang sarat dengan celoreng penyamaran itu sedang dibawa turun dari sebuah treler pengangkut di luar ibu pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Putrajaya.

Foto tersebut berjaya dirakam oleh salah seorang pembaca mereka yang kebetulan ada di sana. Berkemungkinan SUV ini bakal menjalani proses penilaian Pengesahan Jenis Kenderaan (VTA) dari JPJ sebelum ianya mendapat kelulusan untuk dijual ke pasaran.

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi

Mungkinkah ini petanda model yang dinanti-nantikan itu bakal muncul lebih awal? Itu kami tidak pasti, namun apa yang pasti ia bukan dalam tahun ini. Seperti yang anda sedia maklum, model D55L ini dibangunkan dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang turut dikongsi bersama model kembarnya iaitu Daihatsu Rocky/Toyota Raize di Jepun.

Dikhabarkan D55L akan dijana oleh enjin 1KR-VET 1.0L Turbo yang mampu menghasilkan 97 kuasa kuda dan 140Nm daya kilas. Ia dipadankan dengan transmisi D-CVT yang mempunyai fungsi pecahan nisbah gear.

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

Dikhabarkan D55L nanti akan ditawarkan dengan pilihan tiga varian, dan besar kemungkinan ia terdiri dari varian G (asas), X (pertengahan) dan AV (paling tinggi). Kami turut menjangkakan Perodua akan turut menghasilkan aksesori tambahan GearUp untuk model ini nanti.

Setakat ini apa yang kami tahu, model ini sudah pun menjalani fasa ujian pengeluaran sejak bulan September lalu. Jika diperhatikan pada model yang sarat dengan celoreng ini, nampaknya Perodua masih mengekalkan sebahagian besar bentuk asas model Daihatsu Rocky/Toyota Raize dan kami perhatikan ada perubahan dibuat pada rekaan lampu dan juga bampar depan.

Apa pun, kita nantikan info atau foto intip yang seterusnya!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit WapCar.my

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply