Pembangunan International Space Port di Pahang dijangka siap seawal tiga hingga lima tahun akan datang, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib.
Beliau berkata, tapak pelancaran roket antarabangsa pertama di Asia Tenggara itu dijangka mewujudkan 2,350 peluang pekerjaan selain memberi limpahan ekonomi kepada sektor pelancongan dan peluang penyelidikan.
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
“Dari segi kelebihan, saya dimaklumkan antara kawasan tapak yang optimal (dibangunkan) adalah di garisan Khatulistiwa di sekitar pantai timur khususnya Pahang dan Sabah,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di Kuantan, semalam.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Chan Chun Kuang (PH-Semambu) mengenai jangkaan masa untuk menyiapkan tapak projek berkenaan dan peluang pekerjaan yang dapat direalisasikan daripada pembangunan projek tersebut.
Mohamad Nizar berkata, Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) telah menandatangani surat hasrat (LOI) bersama China Great Wall Industry Corporation (CGWIC) dan Lestari Angkasa Sdn Bhd bagi menjalin kerjasama strategik dalam pembangunan sektor teknologi angkasa di Malaysia pada 15 April.
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
“PKNP dan Lestari Angkasa Sdn Bhd juga akan mengadakan lawatan kerja ke Wenchang Space City, Hainan, China pada Mei ini sebagai sebahagian daripada kajian kebolehlaksanaan dan kerja merancang pembangunan projek International Space Port di Pahang,” katanya.
Sementara itu Mohamad Nizar berkata kerajaan negeri sedang menilai dua cadangan bagi membangunkan bandar aeroangkasa atau ‘aerospace city‘ yang meliputi kawasan Gebeng, Kuantan dan Pekan.
Disember lalu, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang dilaporkan berkata Pahang dan Sabah antara negeri disenaraikan untuk dibangunkan sebagai tapak pelancaran roket membawa satelit ke angkasa lepas. – Berita Harian/Bernama
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto hiasan, kredit Kuantan Development News
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026a
KOMEN TERKINI