ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton catat lebih 5,000 unit tempahan X70 tak sampai seminggu?

Views

Jumaat lalu, laman sesawang The Malaysian Reserve melaporkan model SUV pertama Proton, X70 telah menerima lebih 5,000 unit tempahan tidak sampai seminggu selepas ia dipertontonkan kepada media. Beberapa pengedar Proton Edar Sdn Bhd memberitahu The Malaysian Reserve kebanyakan pelanggan amat tertarik dengan teknologi dan rekabentuk SUV lima-tempat duduk itu yang menurut khabar angin akan ditawarkan pada harga antara RM80,000 hingga RM130,00.

Sebahagian daripada pelanggan amat yakin dengan harganya yang dikatakan sangat berbaloi dan antara ciri yang ada pada varian paling tinggi SUV tersebut, kawalan jelajah adaptif hanya terdapat pada model jenama lain yang lebih mahal. Proton baru-baru ini juga telah menafikan maklumat mengenai harga yang tular dalam media sosial.

Kami sebelum ini lebih awal mengeluarkan bilangan angka tempahan yang pada ketika itu hanya sekitar lebih 3,500 unit. Namun artikel tersebut telah membangkitkan rasa ‘kurang senang’ di kalangan pihak pengurusan tertinggi Proton, tetapi pada kami ia sebenarnya baik untuk meningkatkan momentum tempahan dan ianya terbukti berkesan. Benda baik buat apa nak sorok-sorok kan?

JOM BACA >> INFO: Fakta Ringkas Menarik Mengenai Proton X70

Ada pengedar mengatakan, Proton hanya akan mengeluarkan angka rasmi tempahan apabila ia mencecah 10,000 unit yang mana sasaran jualan buat masa ini. Kami rasa ia tidak mustahil namun ia akan mengambil sedikit masa lagi. Ada maklumat mengatakan, sebanyak 3,000 unit bakal dihantar terlebih dahulu untuk kumpulan pertama unit CBU Proton X70 dari China dan bakinya akan menyusul secara berperingkat.

Versi pemasangan tempatan pula dijangka bermula tahun hadapan setelah kilang pengeluaran terbaharu Proton-Geely siap dan mula beroperasi sepenuhnya. Difahamkan kilang tersebut akan memulakan fasa pemasangan mesin peralatan untuk memasang kenderaan dalam masa terdekat.

Dari pengamatan kami, perkara yang kini membuatkan bakal pembeli mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum membuat tempahan adalah faktor ‘harga rasmi’ yang hanya akan diketahui semasa pelancarannya rasminya pada hujung tahun ini. Satu lagi faktor yang mungkin merencatkan sedikit angka jualan adalah faktor kelulusan pinjaman dari pihak bank. Seperti yang kita ketahui, pihak bank begitu kritis dan agak keberatan untuk meluluskan pinjaman apabila ia melibatkan model Proton.

Tetapi pada kami, faktor utama yang bakal membuatkan model ini berjaya atau tidak sebenarnya bergantung kepada keandalannya (reliability). Ia akan mengambil masa, namun jika ia berjaya secara tidak langsung presepsi pembeli pada kereta China akan turut berubah dan mungkin ia memberi tempias kepada beberapa jenama lain yang juga berasal dari sana nanti. Dari segi rekabentuk, spesifikasi, kualiti dan khidmat lepas jualan kami jangkakan akan ada peningkatan setelah usaha berterusan Proton untuk menaik taraf pusat jualan dan sistem pemantauan kualiti di peringkat pengilangan.

Kita tunggu dan lihat!

JOM BACA >> Perodua Lancar Alza Berwajah Baharu – Tempahan Kini Dibuka

KLIK UNTUK BESARKAN

  

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply