ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Ford Ranger generasi baharu dikesan di Thailand

Foto Intip

Views

Nampaknya negara jiran kita, Thailand bakal menerima Ford Ranger generasi baharu lebih awal. Ini kerana kelibat dua unit ujian model trak pikap tersebut yang lengkap dengan celoreng biru telah berjaya dikesan di negara tersebut.

Foto-foto intip tersebut telah dikongsikan oleh warganet bernama Rungroth Bostkaew ke laman Facebook Auto Debut รถใหม่มาร์เก็ตเพลส. Kali ini kita dapat melihat lebih banyak, wajah baharu Ranger yang disorok dalam iklan acah terdahulu, terutama pada bahagian lampu depan dan jeriji utama.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Sekilas pandang ia mirip model F-150 dan penampilannya kelihatan lebih mantap berbanding model semasa. Reka bentuk dan kejuruteraan generasi baharu Ranger ini telah dibangunkan di Australia.

Ranger generasi baharu dibangunkan dari kerangka-tangga (ladder frame) T6 dipertingkatkan yang turut dikongsi bersama dengan model SUV, Ford Bronco.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Pilihan enjin yang bakal ditawarkan, termasuklah enjin 2.3-liter EcoBoost empat-silinder dengan 300 kuasa kuda, enjin 2.7-liter EcoBoost V6 dengan 330 kuasa kuda dan berkemungkinan enjin 3.0-liter EcoBoost V6 dengan 400 kuasa kuda.

Sebahagian dari pasaran termasuklah dari Eropah dan Australia akan turut menerima enjin 2.0 EcoBlue bi-turbo empat-silinder diesel. Ranger generasi baharu dikhabarkan bakal menjadi model yang pertama mendapat varian hibrid plug-in.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply