Disebabkan hanya 28 peratus pengguna trak pikap yang kerap menggunakan sistem 4×4, Isuzu Malaysia semalam telah mengambil peluang ini dengan memperkenalkan varian terbaharu, Isuzu D-Max Auto Plus 4×2 1.9L.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Kenkichi Sogo, model ini adalah satu-satunya varian 4×2 yang ditawarkan di pasaran dengan transmisi automatik. Trak pikap ini juga berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 85kg dan ia berasaskan spesifikasi varian D-Max Standard 4×4 1.9L Auto.
Ia dijana oleh enjin 1.9-liter RZ4E-TC yang menghamburkan 150PS pada 3,600rpm dan 350Nm daya kilas antara 1,800 hingga 2,600rpm. Enjin ini menyalurkan kuasa ke gandar belakang menerusi transmisi 6-kelajuan automatik.
JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring
Model yang dibangunkan dari pelantar Isuzu Dynamic Drive Platform ini menawarkan kestabilan dan rintangan lenturan yang sangat baik. Bagi membolehkannya mengangkut beban, ia dilengkapi dengan set double wishbone di depan, manakala 3 gegelung dedaun separa eliptikal di belakang.
Trak pikap ini diengkapi dengan pelbagai bantuan pemanduan elektronik termasuklah ABS, EBD, ESC, Bantuan Brek, Sistem Kawalan Cengkaman, Bantuan Mula Mendaki, Kawalan Turun Curam dan Sistem Brek Override. Ini sekali gus membolehkannya menerima penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP.
Varian ini dilengkapi dengan jeriji hadapan dengan kemasan kelabu kusam, lampu depan projektor Bi-LED dengan lampu siang LED (DRL) dan lampu kabus yang berada pada bahagian bampar. Ia turut dilengkapi dnegan rim aloi 17-inci yang dibaluti tayar 255/65 R17 HT.
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
Apa yang membezakan varian ini dengan 4×4 dan 4×2 adalah pelekat badan ‘4×2 Auto Plus’. Selain itu kamera undurnya dipasang pada pemegang pintu belakang untuk varian 4×2. Lima pilihan warna ditawarkan, iaitu Splash White Solid, Mercury Silver Metallic, Onyx Black Mica, Sapphire Blue Mica dan Valencia Orange Metallic.
Di ruangan kabin, tempat duduknya diberikan kemasan fabrik yang lasak dan mudah untuk dicuci. Tempat duduk pemandu pula boleh dilaras dengan enam tetapan untuk perjalanan yang bebas keletihan, manakala cagak ISOFIX disediakan di tempat duduk belakang.
Di tengah papan pemukanya menampilkan sistem infohibur dengan skrin sesentuh bersaiz 7-inci dan enam pembesar suara. D-Max Auto Plus 4×2 1.9L dijual pada harga RM 100,999.20 (atas jalan tanpa insurans) dan kini boleh ditempah, manakala penghantarannya dijangka bermula pada awal bulan November nanti.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
KOMEN TERKINI