ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Ford uji Ranger Raptor 2022 di Thailand

Foto Intip

Views

Nampaknya sekali lagi bumi Thailand menjadi lokasi ujian trak pikap Ford Ranger dan kali ini unit ujian varian Ranger Raptor generasi baharu (2022) pula dikesan di negara “Gajah Putih” itu beberapa hari yang lalu.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Beberapa foto kelibat unit ujian Ranger Raptor 2022 dengan pelitup celoreng khas yang memaparkan logo Raptor dan juga tagline #PushingTheLimit sempat dirakam oleh pemilik akaun Facebook bernama Aek Pongnavee.

Ia kemudiannya dimuatnaik ke laman group NEXT GEN RANGER 2022 SOCIETY สังคมคนรักฟอร์ด. Jika diperhatikan, ada beberapa kelainan dapat dikesan pada unit ujian ini, antaranya lapik lengkung tayar yang lebih tebal dan rekaan rim yang berbeza.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Selain itu, rekaan pelapik liang udara di sisi lengkung tayar juga kelihatan berbeza dengan versi Ranger standard dan juga Wildtrak.

Buat masa ini tiada sebarang maklumat diperolehi berkenaan dengan trenkuasa yang akan digunakan dan ada kebarangkalian ia akan dijana oleh enjin 3.0 liter diesel turbo V6 yang turut digunakan pada F-150.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Aek Pongnavee

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Poli

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply