ARKIB

KATEGORI

Buletin

NASA cari idea kitar semula najis angkasawan jadi bahan berharga

Berita Global

Views

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menganjurkan satu cabaran penyumberan ramai (crowdsourcing) bagi mencari idea terbaik untuk menukar najis angkasawan menjadi bahan berharga, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

K!ONLINE melaporkan, projek digelar ‘Space Gold’ itu akan mengitar semula bahan buangan manusia termasuk najis, gas karbon dioksida yang dihembus daripada nafas, sampah-sarap dan plastik pembungkusan buih menjadi produk berharga.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Ia diharapkan dapat membantu angkasawan untuk menyertai misi-misi angkasa dalam tempoh masa lebih lama tanpa dihadkan kepada kuantiti sumber-sumber yang boleh dibawa dari Bumi.

Menurut NASA, cabaran Waste to Base Materials Challenge: Sustainable Reprocessing in Space itu menawarkan hadiah bernilai AS$24,000 (RM100,501) bagi individu atau pasukan yang berjaya memberikan idea terbaik.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Hadiah tambahan bernilai AS$1,000 (RM4,187) pula akan diberikan bagi peserta yang memberikan idea terbaik dalam setiap kategori iaitu najis, karbon dioksida, sampah-sarap dan bahan pembungkusan buih.

Buat masa ini, beberapa aktiviti kitar semula telah dilaksanakan di mana angkasawan di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) menggunakan sistem air kitar semula sejak 2009.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Poli

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply