ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Foto Intip

Views

Akhirnya! Kita berkesempatan juga untuk menatap foto papan pemuka Iriz Active yang merelit dengan warna merah ni. Dalam artikel terdahulu, kita sudah melihat ruang kabin Persona MC2 yang kelihatan cukup premium dengan kombinasi warna hitam, krom kusam dan sarang tempat duduk kemasan kulit berwarna perang.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Foto papan pemuka Iriz Active ini telah dimuat naik ke laman sembang group pemilik Proton di Whatsapp sejak beberapa hari lalu, namun telah dipadamkan oleh sumber asalnya menurut beberapa rakan pembaca kami. Jika diperhatikan, papan pemuka Iriz Active berkongsi rekaan yang sama, perbezaan cuma pada kemasan.

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

Papan pemuka Iriz Active menggunakan kombinasi merah dah hitam, manakala sarung tempat duduknya menggunakan kemasan separa kulit kombinasi warna hitam dengan jahitan benang merah. Kelihatan juga injak pemecut dan breknya yang menggunakan alas jenis krom berkilat yang nampak sporty dan premium. Selain itu, tali pinggang keledarnya juga berwarna merah dan bumbung dalamannya berwarna hitam.

Setakat ini belum diketahui bilakah model ini dan Persona MC2 akan dilancarkan. Memandangkan Aildifitri tinggal beberapa hari sahaja lagi, model ini semestinya ia akan dilancarkan selepas cuti sambutan perayaan itu. Nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply