ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Honda City RS e:HEV ‘facelift’ 2023 tiba di Pelabuhan Klang, petanda pelancaran semakin hampir?

Foto Intip

Views
HONDA CITY FACELIFT 2023 dah sampai port klang

Foto dan video kelibat beberapa unit  City RS e:HEV versi ‘facelift‘ 2023 di atas treler pengangkut berjaya dirakam dan dimuatnaik oleh pemilik akaun Facebook bernama Firdaus Pudud sejak semalam.

Menurutnya, treler pengangkut yang membawa City RS e:HEV facelift 2023 itu telah berjaya ditemuinya sekitar Pelabuhan Klang.

Adakah ini memberi petanda model sedan segmen-B yang telah dikemaskini itu akan dibawa masuk secara siap bina (CBU) dan bakal dilancarkan dalam masa terdekat?

Seperti yang kita sedia maklum, Honda Malaysia secara rasminya telah membuka tempahan model tersebut sejak 18 Julai yang lalu.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura, City RS e:HEV facelift dijangka diperkenalkan pada suku ketiga (Q3) tahun ini.

Namun menurut firasat penulis, besar kemungkinan ia akan dilancarkan pada pertengahan bulan hadapan. City e:HEV RS facelift 2023 tampil beberapa perubahan kosmetik di bahagian luaran, antaranya rekaan bampar baharu berukuran 4,589mm panjang, 1,748mm lebar dan 1,467mm tinggi.

Selain itu, ia turut menerima beberapa kemaskini luaran seperti jeriji kemasan jejaring sarang lebah, jeriji bahagian bawah, diffuser belakang dan skirt sisi baharu serta lambang “RS” rekaan baharu.

Penampilan sporty City RS kini lebih terserlah dengan bampar dan belakang baharu , termasuk rekaan rim aloi kemasan dwitona serba baharu bersaiz 16-inci.

Model sedan segmen-B ini dijana oleh rangkaian kuasa 1.5L e:HEV yang merangkumi dua motor elektrik yang digandingkan dengan transmisi e-CVT.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Kombinasi rangkaian kuasa ini menjana output maksimum 109PS dengan 253Nm daya kilas, yang paling berkuasa dalam kelasnya, setanding dengan daya kilas enjin aspirasi alami (NA) model dalam segmen-D.

Dari segi keselamatan pula, City e:HEV RS facelift dilengkapi dengan Honda SENSING yang kini dengan penambahan dua ciri baharu seperti:

  • Ikuti Halaju Rendah (LSF) – Ciri baharu
  • Pemberitahuan Pergerakan Kereta Di Hadapan (LCDN) – Ciri baharu
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW)
  • Sistem Brek Hindar Perlanggaran (CMBS)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  • Cegah Terbabas (RDM)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Pancaran Lampu Tinggi Automatik (AHB)

Nantikan informasi terkini mengenai City e:HEV RS facelift dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Firdaus Pudud

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply