ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Impresi Artis

Views

Bulan lalu, satu artikel yang disiarkan oleh rakan media di Automachi.com telah memaparkan lakaran yang dikatakan model kembar kepada Toyota Yaris Cross, iaitu Perodua D66B.

Jika diperhatikan, lakaran tersebut memang ‘saling tak tumpah’ dengan rekaan Yaris Cross yang membuat debut global sulung (World Premiere) di Indonesia pada 15 Mei lalu.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Seperti yang kita ketahui, model Yaris Cross akan mempunyai kembar ber’lencanakan’ Perodua yang buat masa ini hanya dikenali menerusi namakod D66B.

Kedua-dua model dibina berasaskan pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA-B). Yaris Cross ditawarkan dengan dua pilihan enjin, iaitu aspirasi alami (NA) 1.5-liter Dual VVT-i 2NR-VE dan rangkaian kuasa hibrid baharu, 2NR-VEX.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

D66B dikatakan hanya akan mempunyai versi enjin aspirasi alami (NA) sahaja buat permulaan, manakala varian hibridnya dijangka tiba sedikit lewat. Pesaing terkuat kepada Proton X50 ini bakal dilancarkan pada Jun 2024.

Perodua juga telah pun mendaftarkan tanda dagang bagi nama Nexis dan Traz di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sejak 29 April 2022.

Besar kemungkinan salah satu nama yang didaftarkan ini akan digunakan pada model SUV itu nanti. Perodua buat masa sekarang sedang fokus untuk melangsaikan segala tempahan yang ada dan kami difahamkan tiada lagi model baharu selepas Axia untuk tahun ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto lakaran asal kredit Automachi.com

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply