Beberapa foto Honda City Hatchback RS e:HEV facelift telah dimuatnaik oleh pemilik akaun Facebook bernama Daus GK ke laman group Honda City Hatchback Malaysia sejak petang tadi.
Berkemungkinan ini adalah versi facelift City Hatchback untuk pasaran negara jiran kita, Thailand. Sebenarnya City Hatchback facelift telah pun mula diuji di negara tersebut sejak tahun lalu.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Jika dibandingkan dengan foto terbaharu, jelas unit ujian tersebut adalah City Hatchback facelift kerana reka bentuk jeriji serta bampar depan dan belakang bersama diffuser baharu, sama seperti bahagian yang ditutup pelekat penyamaran.
City Hatchback facelift varian RS e:HEV ini boleh lah dikatakan mengalami perubahan kosmetik yang kecil ia hanya menampilkan rekaan jeriji hadapan dengan kemasan berbentuk tindanan jejaring, serta bampar dengan kemasan sarang lebah di bahagian bawah.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Rekaan lampu depan dan belakangnyapula masih lagi kekal seperti versi semasa, manakala rekaan diffuser pada bampar belakang baharunya kini kelihatan lebih sporty.
Difahamkan City Hatchback facelift akan menerima ciri tambahan pada Honda Sensing, iaitu Pemberitahuan Pergerakan Kereta Di Hadapan (LCDN).
Varian yang lebih tinggi pula dijangka akan menerima tambahan Kawalan Jelajah Adaptif bersama Ikut Kelajuan-Rendah (LSF), sekiranya mengikut apa yang telah dilakukan pada varian sedan.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Daus GK dan Maek Wongvedchasarn
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI