ARKIB

KATEGORI

Tular

Terperangkap dalam kesesakan trafik, polis bantu bapa hantar anak ke hospital

Tular

Views

Seorang bapa berterima kasih atas keprihatinan anggota kereta peronda polis yang menghulurkan bantuan ketika beliau dalam kecemasan untuk segera menghantar anaknya ke hospital selepas terperangkap dalam kesesakan.

Menceritakan detik itu menerusi hantaran di Facebook Gor Gor Mellvin, beliau menerima panggilan daripada guru anaknya, selepas anaknya, Matthew berusia lapan tahun dan bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Choong Wen itu, mengalami pendarahan hidung tanpa henti.

“Selepas sampai ke SJKC Choong Wen kami terus bergegas ke PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) tetapi kami terperangkap dalam kesesakan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Kami bimbang mengenai kesihatan Matthew kerana dijadualkan menjalani pembedahan jantung ketiga pada Jun ini dan dia adalah pesakit di IJN (Institut Jantung Negara).

“Kami begitu risau dan tiba-tiba kami berjaya menahan sebuah kereta peronda polis yang kebetulan melalui Jalan Klang Lama dan pegawai polis itu segera membawa anak saya ke hospital.

“Kami sangat berterima kasih kepada polis yang datang menyelamatkan kami walaupun menjalankan tugas hari ini atas ketibaan Agong (Yang di-Pertuan Agong) baharu kami.

“Syabas kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cawangan Trafik Bukit Aman,” katanya. Bersama hantaran di Facebook itu, Mellvin turut berkongsi butiran laporan kejadian itu bersama beberapa keping gambar Matthew serta dua anggota PDRM yang membantu mereka.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 8.15 pagi Rabu lalu di Jalan Klang Lama di sini dan dua anggota kereta peronda polis yang membantu mereka itu dikenali sebagai Inspektor Muhd Kamaruddin dan Koperal Aswad.

Pegawai dan anggota kereta peronda polis itu dalam perjalanan ke Bukit Aman melalui Jalan Klang Lama dalam keadaan trafik sesak, sebelum ditahan seorang lelaki memandu Perodua Alza.

Pemandu Alza itu memohon bantuan menghantar anaknya yang sedang mengalami pendarahan hidung serta mengalami masalah jantung ke PPUM.

Pegawai dan anggota polis itu bertindak membantu menghantar Mellvin ke PPUM dan selamat tiba di hospital itu pada jam 8.40 pagi. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Gor Gor Mellvin

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply