ARKIB

KATEGORI

Buletin

WTCA buka tempahan GAC GS3 EMZOOM, pertonton model GAC EMKOO dan GAC AION Y PLUS

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini berlangsungnya sesi Pratonton Eksklusif beberapa model GAC dan GAC AION yang bakal dibawa masuk oleh WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA) ke pasaran Malaysia tidak lam lagi.

Salah satu daripadanya adalah model Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) kompak GAC GS3 EMZOOM yang mula dibuka untuk tempahan. Yuran tempahan adalah RM1,000 dan 100 tempahan terawal akan menerima jemputan ke acara peribadi.

GAC GS3 EMZOOM ditawarkan dalam dua pilihan varian iaitu, Exclusive dan Premium-R. Tanda harga bagi model ini nanti adalah di bawah RM130,000.

Empat pilihan warna bakal ditawarkan, terdiri daripada Ivory White, Starlight Silver, Lake Blue dan Graphene Grey. Pelanggan boleh melihat dengan lebih dekat lagi model SUV kompak ini di acara pratonton eksklusif GAC di Lembah Klang bermula 2 hingga 8 Februari 2024.

Model pemasangan tempatan (CKD) ini dijangka mula memasuki fasa pengeluaran pada Suku Kedua (Q2) 2024 di kilang pemasangan Tan Chong Motor Assemblies (TCMA) di Segambut, Kuala Lumpur.

Bilik pameran pertama bakal dibuka di Petaling Jaya sebelum akhir bulan Februari, diikuti oleh lima lagi bilik pameran yang terletak di lokasi strategik di Glenmarie, Cyberjaya, Seremban, Johor Bahru dan Pulau Pinang menjelang separuh pertama 2024.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

GAC GS3 EMZOOM menampilkan elemen reka bentuk yang unik dengan jeriji ‘Sayap Mecha’ ikonik, lampu hadapan Laser Eye Split LED dan lampu belakang Light Dart.

Antara keunikan reka bentuk luarannya yang lain termasuklah pemegang pintu elektrik tersembunyi dan tombol gear kristal.

Ia dijana oleh enjin 1.5T GDI Generasi ketiga yang menghasilkan 177PS pada 5500rpm dan 270Nm daya kilas pada 1,400rpm, manakala penggunaan baha apinya pula adalah 5.9 liter/100km.

Ruang kabinnya pula cukup luas dengan menampilkan kemasan dwitona serta menampilkan rekaan gaya mewah dan premium, menggabungkan sentuhan moden yang menawarkan teknologi tercanggih.

Dalam acara pratonton eksklusif ini juga, WTCA turut mempamerkan model SUV, GAC EMKOO yang menampilkan rekaan jeriji berbentuk-V tanpa sempadan bersama sepasang lampu depan LED yang dinamakan sebagai “Mata Wahyu”.

Rekaan dalaman GAC EMKOO menampilkan kelompok meter digital sepenuhnya dengan penampilan separa-terapung.

Selain GAC EMKOO, WTCA turut mempamerkan sebuah model Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) GAC AION Y PLUS baharu yang dijangka dilancarkan pada separuh pertama 2024.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

SUV elektrik ini dikuasakan oleh bateri Magazine yang menampilkan Sistem Keselamatan Bateri Magazine tanpa insiden kebakaran atau letupan, menjadikannya teknologi bateri paling selamat di dunia pada ketika ini.

Bateri Magazine ini berkapasiti 63.2kWJ dengan output maksimum 150kW yang membolehkan jarak pemanduan GAC AION Y PLUS sejauh 490km (NEDC) atau 430km (WLTP).

Reka bentuk model SUV elektrik ini sangat unit dengan lampu hadapan “Sayap Malaikat” yang dilengkapi tujuh bar lampu melintang. Ia ditawarkan dengan tujuh pilihan warna, yang bermula dari Glamour Black hingga ke Youthful Green.

GAC AION telah membuat pelaburan sebanyak RM2 bilion dan mengambil masa selama 30 bulaun untuk membangunkan Pelantar Elektrik GAC AION (AEP2.0) yang khusus untuk EV.

Pelantar ini mempunyai jarak antara gandar roda paling lebar dalam segmennya, iaitu 2,750mm dan lantai rata sepenuhnya yang luas untuk penumpang belakang.

Tempat duduk hadapan GAC AION Y PLUS boleh direbahkan sepenuhnya, sekali gus memberikan ruang sehingga 1.8-meter. Lega kaki penumpang belakangnya juga paling luas dalam industri, iaitu 1,022 mm.

WTCA telah memeterai Perjanjian Pengedaran GAC AION pada Januari 2024, yang menjadikannya sebagai pengedar tunggal dan eksklusif kenderaan GAC AION Malaysia. Langkah strategik ini mewakili langkah penting untuk WTCA ke arah masa depan mobiliti mampan.

KLIK UNTUK BESARKAN

GAC GS3 EMZOOM

GAC EMKOO

GAC AION Y PLUS

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply