ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kempen “Go electric” tawar Audi e-tron GT pada harga RM599,990, percuma pengecas wallbox

Berita Tempatan

Views

Pengedar rasmi Audi di Malaysia, PHS Automotive Malaysia (PHSAM) melancarkan kempen “Go electric” yang menawarkan pakej-pakej eksklusif untuk rangkaian kenderaan elektrik Q8 e-tron 55 dan e-tron GT.

Kempen ini memberi peluang kepada pemilik untuk mendapat penjimatan sehingga RM93,000 di samping pengecualian cukai oleh kerajaan.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Perincian penjimatan dan manfaat tambahan adalah seperti berikut:

ModelRRP tanpa

AAP

Harga RRP dengan Go electric 

tanpa AAP. *BAHARU*

Manfaat tambahan
RS e-tron GTRM792,990RM699,990Percuma Audi e-tron GT MOON (22kW/11kW)

Percuma kredit JomCharge berjumlah RM1,000

Percuma pengecasan pantas DC 180 kW DC di mana-mana Audi Centre

e-tron GT quattro dengan Dynamic PakejRM666,990 RM599,990

Harga yang dinyatakan adalah di atas jalan, tidak termasuk premium insurans atau Program Jaminan Audi (Audi Assurance Program, AAP) yang boleh ditambah sebagai pilihan.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Sebagai tawaran pra-akhir tahun, model Audi Q8 e-tron 55 dan Q8 Sportback e-tron 55 hadir dengan AAP secara percuma.

AAP memberikan pelanggan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun dan jaminan lanjutan daripada pengeluar selama tiga tahun yang menjadikannya kepada 5 tahun. Bantuan kerosakan juga percuma untuk 5 tahun pertama selepas kenderaan didaftarkan.

Kempen “Go electric” dan “Your Perfect Q, electrified” akan berakhir pada 31 Disember 2023. Maklumat lanjut mengenai e-tron GT atau rangkaian model e-tron yang lain, kunjungi Audi Centre atau atau layari pautan ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply