ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton lancar X90 sempena sambutan ulang tahun ke-40 – Empat varian, harga bermula dari RM 123,800

Berita Tempatan

Views

Bersempena dengan sambutan ulang tahun yang ke-40, pengeluar kereta nasional Proton hari ini melancarkan model SUV ‘hibrid sederhana’ tiga baris-tempat duduk terbaharunya, X90.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.

Pengenalan X90 menandakan kemasukan jenama berkenaan ke dalam pasaran Kenderaan Tenaga Baharu (NEV). X90 ditawarkan dalam empat pilihan varian, dua pilihan konfigurasi enam atau tujuh tempat duduk.

Enam pilihan warna menarik antaranya Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Cinnamon Brown, Ruby Red dan Marine Blue (pilihan warna mengikut varian).

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Berikut adalah senarai harga Proton X90 mengikut varian (harga atas jalan tanpa insurans):

  • 1.5 TGDi BSG Standard – RM123,800
  • 1.5 TGDi BSG Executive – RM130,800
  • 1.5 TGDi BSG Premium – RM144,800
  • 1.5 TGDi BSG Flagship – RM152,800

X90 dikuasakan oleh enjin 1.5L TGDi bersama dengan Sistem Sinergi Motor Elektrik (EMS) 48V yang merangkumi enam komponen utama, termasuklah motor Belt-Starter Generator (BSG) 48V, Penukar DCDC, Bateri Litium-Ion 48V, Sistem Pengurusan Bateri, Sistem Brek Pemulihan dan Sistem Kawalan Modul Hibrid.

Enjin 1.5L TGDi menghasilkan output 190PS dan 300Nm daya kilas, manakala EMS 48V pula membekalkan kuasa tambahan sebanyak 13PS dan 45Nm daya kilas. Rangkaian kuasa ini disambungkan pula kepada transmisi 7-kelajuan DwiCekam (7-DCT).

SUV terbesar Proton ini menampilkan rekaan badan yang ‘berotot’ bagi menonjolkan evolusi terbaru ke arah identiti reka bentuk premium. Rekaan jejalur busur atau “Ethereal Bow” telah diolah semula agar selari dengan lampu hadapan.
Kemasan corak “Infinite Weave” pada jerijinya kini tampil dengan bentuk berlian yang diilhamkan daripada motif corak songket. DNA reka bentuk evolusi ini turut diinspirasikan oleh kepakaran seni serta warisan budaya Malaysia.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Untuk aspek keselamatan pula, Proton X90 diiktiraf dengan skor 5 bintang dalam ASEAN NCAP tetapi hanya varian Premium dan Flagship sahaja yang mendatangkan sistem bantuan ADAS di mana ia merangkumi ciri:

Dari aspek keselamatan, X90 telah menerima pengiktirafan 5-bintang oleh Program Penilaian Kereta Baharu Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP).

Model ini didatangkan dengan beberapa ciri Bantuan Pemandu baharu seperti Amaran Lintasan Trafik Di Belakang (RCTA), Amaran Rempuhan Belakang dan Maklumat Papan Tanda Lalu Lintas (TSI), namun terhad untuk varian Premium dan Flagship sahaja.

X90 didatangkan dengan pakej standard 5 tahun jaminan dengan jarak perbatuan tanpa had, 5 tahun pakej data (1GB / sebulan), 6 kali percuma kos upah servis, kadar faedah serendah 2.1 peratus dan Program Insuran Proton.

Untuk 4,000 penempah terawal, Proton turut menawarkan 5 tahun data tambahan (4GB / sebulan), Proton X-Watch bernilai RM1,499, pakej aksesori berharga RM779 dan naik taraf Program Insuran Proton.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply