Baru-baru ini salah seorang ahli group Facebook Veloz Club Thailand bernama Natthaphon Matsarat telah memuat naik satu foto sebuah ‘MPV misteri‘ yang sarat dengan mod penyamaran versi ‘compang-camping’, mula menjalani ujian di negara tersebut.
Pada mulanya, dia menjangkakan model tersebut adalah Daihatsu Xenia yang juga merupakan kembar kepada Toyota Veloz. Namun, menurut pemerhatian wartawan permotoran di Indonesia, Indra Fathan, model berkemungkinan adalah Toyota Innova generasi baharu.
Kata Indra, beberapa elemen rekaan pada unit ujian ini mempunyai persamaan dengan Innova versi semasa, akan tetapi kita perlu menunggu lebih banyak foto intip model berkenaan untuk mendapatkan lebih kepastian.
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
Tambahnya, kini timbul pelbagai desas-desus dan juga spekulasi mengenai Innova serba baharu. Antaranya ia menggunakan casis monocoque, pacuan roda hadapan, pilihan trenkuasa petrol dan juga hibrid (tiada lagi versi diesel), pelantar TNGA, dilengkapi dengan bumbung suria dan bakal dilancarkan hujung tahun ini.
Mengukuhkan lagi spekulasi tersebut, Menteri Perindustrian Indonesia pernah berkata, Toyota sedang bersiap sedia untuk mengeluarkan kenderaan elekrtifikasi seperti Kijang (Innova) versi hibrid di negara republik itu beberapa hari lalu.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Natthaphon Matsarat
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
KOMEN TERKINI