ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusat 4S paling cekap tenaga di KL, Millennium Welt Utara Kuala Lumpur dibuka secara rasmi

Berita Tempatan

Views

Wakil pengedar jenama BMW di Malaysia, Millennium Welt baru-baru ini merasmikan pusat pengedarannya yang pertama di Lembah Klang menerusi outlet Utara Kuala Lumpur.

Pusat 4S (Jualan, Servis, Alat Ganti dan Sistem) ini terletak di Lot 50009, Off Jalan Kuching, 51200 Kuala Lumpur.

Menurut Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser, pihaknya melihat potensi pinggir utara Kuala Lumpur dengan unjuran jualan lebih daripada 500 buah kenderaan bagi segmen premium dalam tempoh beberapa tahun yang akan datang.

Pengarah Urusan Millennium Welt, Bryan Wong pula berkata, mereka amat berbangga untuk memperkenalkan pusat pengedaran yang pertama dan paling cekap tenaga di Kuala Lumpur.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Millennium Welt Utara Kuala Lumpur dilengkapi dengan 192 unit panel PV solar 96 kWp, yang mampu menjana lebih daripada 123,700 kWj tenaga.

Dengan penggunaan penyongsang mikro untuk menukar arus terus (DC) kepada arus ulang-alik (AC) di atas bumbungnya, ia dapat menjimatkan penggunaan elektrik sebanyak RM4,900 sebulan, di samping mengurangkan emisi karbon sebanyak 86 tan setahun.

Para pemilik kenderaan elektrik (EV) yang mengunjungi pusat pengedaran ini juga boleh memanfaatkan khidmat pengecasan AC/DC bagi kenderaan elektrik milik mereka di ruang parkir pelanggan.

Pusat pengedaran 4S yang baharu ini dibina di atas ruang seluas 35,600 kaki persegi, dapat mempamerkan sehingga lima kenderaan BMW baharu serta 10 kenderaan BMW Premium Selection.

Perkarangannya juga akan meliputi 20 ruang kerja, termasuk lima laluan segera bagi khidmat servis kenderaan, berserta tiga ruang servis RATC (resepsi di kereta).

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Ia membolehkan pusat 4S ini memenuhi sehingga 60 janji temu servis kenderaan setiap hari. Pusat 4S dtunjangi oleh 90 orang kakitangan yang berdedikasi, termasuk lima juruteknik voltan tinggi bertauliah.

Selain itu, pusat 4S ini membolehkan pelanggannya untuk mendaftar dan memperbaharui insurans kenderaan mereka, tukar beli kenderaan terpakai, serta mendapatkan khidmat BMW Financial Services.

Pusat pengedaran ini turut menampilkan Customer Lounge, Handover Lounge, Isetta Bar, BMW Lifestyle & Accessories, BMW Parts, sebuah halaman luaran dan servis RATC.

Bermula hari ini sehingga 31 Mei 2022, pelanggan yang menghantar kenderaan BMW mereka di Millennium Welt Utara Kuala Lumpur akan menerima baucar bernilai RM100, sementara stok masih ada. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Waktu operasi Millennium Welt Utara Kuala Lumpur bermula dari jam 8:30 pagi hingga 6:30 petang pada hari Isnin hingga Sabtu dan dari 10 pagi hingga 6 petang pada hari Ahad.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply