ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Land Rover Defender 110 sedang diuji

Foto Intip

Views

Nampaknya foto-foto intip Land Rover Defender 110 berpelitup celoreng yang dimuat naik ke laman Instagram rakan kami di careta_malaysia mengesahkan lagi ketibaannya ke Malaysia dalam masa terdekat.

Tidak dipastikan di mana ia dikesan dan jika merujuk pada foto intip yang dikongsikan oleh mereka sebelumnya, besar kemungkinan ia sedang diuji sekitar Ara Damansara.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Semalam kami telah menyiarkan beberapa maklumat mengenai model ikonik tersebut yang mula disiarkan di laman sesawang rasmi Land Rover Malaysia. Dua versi badan akan ditawarkan, iaitu versi tiga pintu, Defender 90 dan Defender 90 First Edition (bumbung putih) dan versi lima pintu, Defender 110 dan Defender 110 First Edition (bumbung hitam).

Lima varian akan ditawarkan iaitu versi asas Defender, Defender S, Defender SE, Defender HSE dan Defender X. Dua pilihan enjin ditawarkan, antaranya:

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

  • Enjin petrol 2-liter P300 yang menjana 300 PS dan daya kilas maksima 400 Nm yang digandingkan dengan transmisi automatik.
  • Enjin petrol 3-liter P400 MHEV (hibrid ringan) yang menjana 400 PS dan daya kilas maksima 550 Nm yang digandingkan dengan transmisi automatik.

Selain itu, pembeli juga boleh memilih tiga jenis bumbung yang ditawarkan, iaitu bumbung fabrik yang boleh dilipat (untuk versi Defender 90 sahaja), bumbung panoramik gelungsur dan bumbung logam.

Tujuh pilihan warna ditawarkan yang terdiri daripada Pangea Green, Gondwana Stone, Indus Silver, Tasman Blue, Eiger Grey, Santorini Black dan Fuji White (solid).  Nantikan info terkini mengenai Defender dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit careta_malaysia

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply