ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Foto Intip

Views

Wow! Berita ini sudah pastinya menggemparkan dunia permotoran tanah air! Rakan pembaca kami, Nama Saya Musz telah mengirimkan kepada kami tangkap layar Instagram story yang memaparkan Myvi facelift (D51A) di kawasan awam.

Besar kemungkinan ia sedang menjalani penggambaran iklan kerana terdapat kren yang membawa kamera di belakangnya. Menurut carian kami, foto ini sebenarnya telah dimuat naik oleh akaun Instagram myvitesse beberapa jam yang lalu.

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga

Kita akhirnya dapat melihat perubahan kosmetik yang dibuat pada versi facelift ini terutama sekali di bahagian depan. Myvi facelift mendapat reka bentuk lampu, jeriji dan bampar serba baharu yang dipasang dengan lampu kabus/lampu siang jenis LED serta cermin sisi yang dicat hitam.

Secara keseluruhan, nampak versi facelift ini lebih moden dan sekilas pandang ia kelihatan seperti sebuah mini crossover. Di belakang, tiada perubahan ketara dibuat kecuali pada bahagian bampar dengan gaya yang lebih ringkas.

JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…

Myvi facelift yang dirakam ini mungkin mengenakan warna baharu Cranberry Red, yang dikhaskan untuk varian 1.5 AV sahaja. Ia masih mengekalkan unit enjin yang sama tetapi transmisinya akan menggunakan D-CVT yang sama seperti Ativa.

Kesemua varian akan didatangkan dengan Amaran Berlepas Lorong (LDW) kecuali varian 1.3 tanpa A.S.A 3.0. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan Pemantau Titik Buta (BSM), Bantuan Pemanduan Selamat (A.S.A 3.0), lampu hadapan dengan fungsi lampu tinggi automatik, manakala varian AV versi andalan yang turut dilengkapi dengan Bantuan Kekal Lorong (LKA).

Adakah “King” versi facelift akan dilancarkan dalam masa terdekat? Sama-sama kita nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply