ARKIB

KATEGORI

Info

Pelancaran Myvi facelift (D51A) mungkin tertangguh disebabkan PKP?

Info

Views

Nampaknya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mei lalu menyebabkan Perodua terpaksa merombak semula penjadualan model baharu yang bakal dilancarkan nanti. Menurut info terkini dari ejen perisik Mat Bond, besar kemungkinan Myvi facelift (D51A) akan tiba lewat sedikit daripada perancangan asal.

Dalam artikel terdahulu, model tersebut bakal dilancarkan pada suku keempat tahun ini, namun disebabkan PKP berlarutan beberapa bulan hingga menyebabkan industri automotif terpaksa ditutup, pelancarannya mungkin tertangguh dan mungkin hanya akan tiba awal tahun hadapan.

Kata Mat Bond, fasa pengeluaran massa model berkenaan terpaksa dianjak ke hujung tahun, dua bulan lebih  lewat dari jadual asal. Dalam masa yang sama, pengeluaran model Alza juga bakal ditamatkan pada akhir tahun ini bagi memberi laluan kepada model baharu (namakod D27A) yang akan tiba pada tahun berikutnya.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Sebelum ini, ada ura-ura mengatakan transmisi automatik pada Myvi semasa akan ditukar kepada CVT yang digunakan oleh model SUV, Ativa untuk versi facelift. Enam pilihan varian akan ditawarkan dengan termasuk dua varian baharu, manakala varian 1.3 manual tiada lagi dalam senarai.

Berikut adalah senarai varian yang bakal ditawarkan:

  • 1.3 (tanpa A.S.A 3.0)
  • 1.3 (dengan A.S.A 3.0)
  • 1.5 SE (baharu) (dengan A.S.A 3.0)
  • 1.5 AV (tanpa A.S.A 3.0)
  • 1.5 AV (dengan A.S.A 3.0)
  • 1.5 AV versi andalan (baharu) (dengan A.S.A 3.0)

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

Kesemua varian akan didatangkan dengan Amaran Berlepas Lorong (LDW) kecuali varian 1.3 tanpa A.S.A 3.0. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan Pemantau Titik Buta (BSM), Bantuan Pemanduan Selamat (A.S.A 3.0), lampu hadapan dengan fungsi lampu tinggi automatik, manakala varian AV versi andalan yang turut dilengkapi dengan Bantuan Kekal Lorong (LKA).

Myvi facelift 2021 akan menampilkan perubahan kosmetik terutama pada bahagian lampu depan, jeriji dan bampar depan belakang rekaan baharu, stereng rekaan baharu, panel meter baharu serta warna merah baharu yang dikhaskan untuk varian 1.5 AV versi andalan sahaja.

Difahamkan, untuk dua varian teratas, iaitu 1.5 AV dan 1.5 AV versi andalan akan dilengkapi dengan lampu siang LED (DRL) jenis menegak pada bahagian bampar. Sekiranya info terbaharu dari Mat Bond tepat, bermakna peminat “King” terpaksa bersabar sedikit masa lagi untuk melihat versi faceliftnya.

Nantikan info selanjutnya dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit RiderAth

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply