ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Myvi facelift mula dihantar ke pusat pameran Perodua, masih pakai rim lama

Foto Intip

Views

Nampak ini petanda terbesar yang Myvi facelift bakal dilancarkan dalam masa terdekat. Malam tadi, rakan kami Amir Zaheen Minhaj telah terserempak dengan kelibat sebuah treler pengangkut yang membawa beberapa buah Myvi facelift di Lebuhraya Baharu Lembah Klang (NKVE).

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Kami menjangkakan Perodua sudah mula mengedarkannya ke pusat pameran dan ini merupakan salah sebuah treler yang berjaya dirakam. Kali ini kita dapat melihat dengan jelas rekaan bampar belakang baharu Myvi facelift yang langsung tidak dilitupi kanvas.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Selain itu, model ini juga masih ‘mengitar semula rim’ yang sama seperti model sebelumya. Dalam artikel terdahulu, kami mendapat maklumat yang mengatakan Myvi facelift akan dilancarkan pada pada 18 November ini (Khamis minggu depan).

Tempahan model ini telah pun mula dibuka sejak 9 November yang lalu, manakala akaun Facebook rasmi Perodua semakin kerap menyiarkan foto-foto acah bagi mempromosikan model ini. Nantikan info terbaharu dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply