ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Myvi facelift kini dibuka, harga dari RM45,700

Berita Tempatan

Views

Perodua hari ini mula membuka tempahan model yang paling dinanti-nantikan, Myfi facelift yang telah menerima penambahbaikan.

Model utamanya akan didatangkan dengan teknologi yang dinaiktaraf, ciri keselamatan pintar dipertingkatkan, penjimatan bahan api yang lebih baik, penampilan baharu yang ‘sporty’ serta warna baharu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, penambahbaikan ini mewakili usaha mereka dalam memenuhi jangkaan para pelanggan yang semakin meningkat dan pada masa yang sama menawarkan nilai yang lebih hebat.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Myvi facelift akan ditawarkan dalam lima varian, antaranya 1.5 liter AV (Advance), varian 1.5 liter H, varian 1.5 liter X serta dua varian 1.3 liter G. Kesemua varian hanya didatangkan dalam transmisi automatik kerana Perodua telah menghentikan transmisi manual daripada barisannya.

Tambah Datuk Zainal, Perodua juga telah meningkatkan kecekapan bahan api bagi Myvi facelift ini kepada 22.2km/ liter (diuji pada varian 1.3L) berbanding 21.1km/liter sebelum ini.

Varian AV, H dan X serta salah satu varian G akan mempunyai sistem Perodua Smart Drive Assist (PSDA) yang terkini, direka dengan mengutamakan keselamatan pemandu dan pejalan kaki.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Myvi facelift ini juga turut memperkenalkan warna baharu iaitu Cranberry Red, yang hanya ditawarkan untuk varian AV. Warna lain termasuk Ivory White, Glittering Silver, Lava Red (tidak tersedia untuk AV), Granite Grey dan Electric Blue.

Julat harga bagi Myvi facelift ini ialah dari RM45,700 hingga RM58,800 (untuk Semenanjung Malaysia dan tanpa insurans).

Kunjungi pusat pameran jualan Perodua yang berhampiran atau hubungi penasihat jualan yang sah untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membuat tempahan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply