ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Proton masih kekalkan enjin Saga MC2, unit ujian dikesan di Petronas Kota Kemuning

Foto Intip

Views

Nampaknya ada sedikit ‘kekhilafan’ dalam informasi yang diberikan dalam artikel sebelum ini. Rupa-rupanya, Proton masih lagi mengekalkan unit enjin yang sama untuk Saga MC2 seperti model semasa.

Ia sekali gus menyangkal dakwaan sebelum ini yang mengatakan Saga MC2 akan menggunakan enjin S4PE yang dikecilkan kapasitinya kepada 1,299 cc seperti di Pakistan.

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

Enjin itu sebenarnya ditala khusus untuk pasaran negara tersebut bagi membolehkan pengedarnya Al-Haj Automotive meletakkan tanda harga yang lebih rendah, berikutan perbezaan struktur cukai untuk kereta berkapasiti 1,300cc dan ke atas.

Jika semalam kami menyiarkan foto intip  Saga MC2 di Seksyen 16 menghala ke Lebuh Raya SPRINT, kali ini giliran rakan pembaca Cedric Ng pula telah berjaya mengesan unit yang sama pada 28 Disember 2021 di Petronas Kota Kemuning.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 ‘ronda-ronda’ sekitar Tanjung Malim

Apa yang kami diberitahu, setakat ini dari segi luaran, yang pasti akan mengalami perubahan adalah pada bahagian logo di jeriji depan, rekaan rim baharu dan juga penambahan kit badan.

Menurut jangkaan, model ini akan diperkenalkan sebelum pertengahan tahun 2022 dan ia kemudiannya disusuli dengan X70 MC1. Pada tahun ini juga Proton akan memperkenalkan satu model serba baharu iaitu Proton X90.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Cedric Ng

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply