ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP : Proton Saga dikesan di Pakistan – Bakal berentap dengan Toyota Bezza?

Foto Intipan

Views

Dalam artikel sebelum ini, sudah beberapa kali Proton Exora dikesan sedang menjalani ujian di Pakistan, kali ini tiba giliran Saga pula ditemui oleh salah seorang pembaca laman web Pakwheels.com.

Model yang berjaya dikesan ini dikuasakan oleh enjin 1.3 liter dan ia adalah generasi ketiga Saga yang merupakan model paling lama dalam barisan model Proton sejak 30 tahun lalu. Difahamkan unit tersebut adalah milik Al-Haj Group yang merupakan pengedar eksklusi jenama Proton di negara tersebut.

JOM BACA >> Proton Iriz dan Persona facelift bakal diperkenalkan bulan depan?

Proton telah memeterai perjanjian bersama Al-Haj Group yang bakal memasang dan menjual model sedan, crossover, SUV dan hatchback jenama tersebut di sana. Al-Haj Group turut menjual kenderaan jenama FAW di negara tersebut dan ia sekaligus mempelbagaikan pasaran kenderaan.

Di Pakistan, Saga akan berentap dengan Honda City, Corolla XLi dan GLi (Vios). Namun ada khabar angin bertiup kencang mengatakan Toyota Indus Motors Company (Toyota IMC) bakal menghentikan jualan Corolla XLi dan GLi (Vios) bagi memberi laluan kepada Toyota Bezza.

Nampak gayannya Saga dengan Bezza bukan setakat bersaing dalam negara sendiri, di Pakistan mereka juga akan bertembung juga. Walaupun Bezza tidak membawa nama Perodua, namun kita tahu sememangnya model tersebut memang berasal dari Rawang. Menarik untuk disaksikan!

JOM BACA >> Model SUV kompak Proton bakal dinamakan X50?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply