Akhirnya, dapat juga kita melihat kelibat unit ujian Proton X70 MC1 dengan sedikit celoreng penyamaran yang berjaya dikesan sekitar Tanjung Malim.
Foto intip tersebut telah dimuatnaik ke laman Instagram rakan media kami di Careta.my kira-kira sejam yang lalu dan ia sempat dirakam oleh pembaca mereka bernama @yaaaboiii_7.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
Menurutnya, unit ujian tersebut ditampal dengan sedikit celoreng penyamaran di bahagian depan dan juga belakang.
Jika diperhatikan, tiada perubahan ketara dibuat pada rekaan belakang model ini dan ia masih mengekalkan rekaan lampu model semasa, tidak seperti Geely Bo Yue PRO.
Pelekat celoreng penyamaran hanya ditampal pada bahagian palang yang bersambung dengan lampu belakang dan juga di bahagian bawah bampar yang sebahagian besarnya masih mengekalkan reka bentuk yang sama.
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
Jika dilihat pada imbasan reka bentuk rimnya, ia seakan sama seperti rim aloi bersaiz 19-inci yang digunakan pada model X70 Special Edition (SE) yang dilancarkan pada bulan Julai lalu.
Selain daripada perubahan kosmetik, X70 MC1 akan dikuasakan oleh enjin tiga-silinder 1.5L TGDi (1.5TD) dan transmisi 7-kelajuan dwicekam (7DCT) yang kini diguna pakai pada model Proton X50 1.5 TGDi varian Flagship.
Nantikan info seterusnya dari semasa ke semasa.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Careta.my
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
KOMEN TERKINI