Nampaknya sekali lagi unit ujian Proton X90 (VX11) dilihat berpasangan bersama sebuah Proton X50 dengan nombor plat perdagangan. Kali ini, ia berjaya dikesan oleh sahabat kami Darmizi Dahari di sekitar Tropicana.
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
Setelah menjalankan misi terbaharu, akhirnya ejen perisik Mat Bond telah berjaya ‘membongkar misteri’ Proton X50 tersebut. Menurutnya, Proton X50 itu adalah sekadar kenderaan pengiring sahaja dan unit tersebut memang untuk ‘dilenjan’ di kilang.
Ia sekaligus menepis segala spekulasi hangat yang mengatakan Proton kini sedang menguji trenkuasa baharu, iaitu plug-in hibrid (PHEV).
Tambah Mat Bond, Proton memang ada perancangan untuk memperkenalkan model versi hibrid, namun ia bukanlah dalam waktu yang terdekat.
Proton ketika ini sedang ‘merekrut’ tenaga kerja baharu untuk menubuhkan semula Unit Kenderaan Tenaga Baharu (New Energy Vehicle-NEV) dan iklan tersebut telah pun disiarkan menerusi laman LinkedIn rasmi mereka beberapa minggu lalu.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Darmizi Dahari dan Proton
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
KOMEN TERKINI