ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton X50 kenderaan terlaris di Malaysia bulan Julai 2022

Berita Tempatan

Views

Proton mencipta sejarah tersendiri apabila model SUVnya, X50 mencatat rekod jumlah jualan bulanan baharu sekali gus muncul sebagai kenderaan terlaris di Malaysia pada bulan Julai 2022.

Pencapaian ini turut mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju dalam segmen SUV dan buat julung kalinya pertama kenderaan sedemikian berjaya mendahului pasaran keseluruhan dalam jumlah jualan.

Pada bulan Julai, Proton mencatat jualan sebanyak 11,477 unit (domestik dan eksport), walaupun tergendala buat sementara  kerana menunggu kelulusan harga daripada pihak berkuasa untuk beberapa modelnya.

Untuk tahun ini, jumlah jualan keseluruhan Proton berada pada 71,601 unit, meningkat sebanyak 19.7 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Proton juga masih mengekalkan kedudukan kedua dalam carta jualan automotif nasional dengan anggaran pegangan pasaran sebanyak 22.7 peratus bagi bulan Julai, manakala pegangan pasaran tahun sehingga kini (YTD) meningkat kepada 18.7 peratus.

Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) bagi bulan Julai pula dianggarkan sebanyak 50,500 unit setelah jumlah pendaftaran berunjur ke median setelah tempoh insentif SST tamat pada 30 Jun.

X50 terus memecahkan rekod dengan 4,763 unit telah didaftarkan pada bulan Julai, manakala 1,704 unit X70 2022 telah didaftarkan dalam bulan yang sama. Ini telah melonjakkan jumlah keseluruhan SUV Proton melepasi 31,500 unit untuk tujuh bulan pertama bagi tahun 2022.

Sebanyak 4,521 unit Saga telah didaftarkan pada bulan lepas dan ini melonjakkan jualan model sedan segmen A itu kepada 28,005 unit. Ini bermakna, sebanyak 9,811 unit model 2022 yang dilancarkan pada 12 Mei lalu telah didaftarkan dalam tempoh 80 hari sahaja.

Exora juga mengekalkan kedudukannya di tangga teratas kelas MPV segmen C dengan 476 unit didaftarkan. Walaubagaimanapun, jualan untuk model Persona dan Iriz terpaksa dihentikan buat seketika, sementara menunggu kelulusan harga daripada pihak berkuasa.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata pihaknya amat amat berbangga kerana X50 menjadi SUV pertama yang dinobatkan sebagai kenderaan terlaris di Malaysia dan berterima kasih atas sokongan daripada para pelanggannya.

Dengan jualan 380 unit pada bulan Julai, eksport bagi tahun 2022 telah meningkat kepada 3,102 unit dan ini melepasi 3,018 unit jualan eksport bagi keseluruhan tahun lalu. Ia mengukuhkan kedudukan Proton sebagai pengeksport kenderaan utama di Malaysia.

Saga, X70 dan X50 kekal sebagai model eksport utama dengan X50 mencapai jualan eksport tertinggi baharu sebanyak 126 unit.

Sementara itu, anak syarikat kewangannya, Proton Commerce Sdn Bhd mengumumkan ia akan menerima semua Surat Persefahaman (LOU) pada kadar faedah yang dinyatakan sehingga 180 hari selepas tarikh terbitan, walaupun ia dikeluarkan sebelum kenaikan kadar faedah baru-baru ini.

Tertakluk kepada terma dan syarat, dana pinjaman perlu dikeluarkan selewat-lewatnya pada 31 Disember 2022. Jadi, pelanggan yang sudah mempunyai LOU daripada Proton Commerce dan sedang menunggu kereta tidak perlu risau tentang kenaikan kadar yang lebih tinggi untuk pembiayaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply