ARKIB

KATEGORI

Buletin

BYD rasmi pembukaan dua bilik pameran, di Kuching dan Alor Setar

Berita Tempatan

Views

BYD baru-baru ini merasmikan pembukaan dua bilik pameran terbaharunya, masing-masing terletak di Kuching, Sarawak dan juga Alor Setar, Kedah.

Bilik pameran di Kuching, Sarawak yang terletak di aras bawah City One Megamall dimiliki oleh pengedar tempatan, Regas EV Auto Sdn. Bhd.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

Berkeluasan 3,000 kaki persegi, pusat pameran 1S ini akan mempamerkan model-model terkini keluaran BYD dan waktu operasinya adalah setiap hari, bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Pusat servisnya pula terletak di Jalan Tun Jugah dan dilengkapi dengan dua ruangan servis. Waktu operasinya adalah dari Isnin hingga Jumaat dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang, manakala hari Sabtu dari jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Bagi mereka yang tinggal di Utara, BYD turut membuka sebuah Pusat 3S di Alor Setar, Kedah yang dimiliki oleh Hong Thai Motor Trading Sdn Bhd.

JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

Pusat 3S ini menawarkan jualan, servis dan bantuan alat ganti kepada para pelanggan. Ia dilengkapi dengan lima ruang servis, dengan tiga pegawai perkhidmatan pelanggan bertauliah profesional yang berdedikasi.

Fasiliti ini beralamat di No. 222, Lot 89, Phase II, Perusahaan Mergong, Jalan Gangsa, Kawasan Perusahaan Mergong II, 05150 Alor Setar, Kedah.

Waktu operasi jualannya adalah setiap hari, dari jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang, manakala operasi servisnya pula dari Isnin hingga Sabtu bermula jam 800 pagi hingga 5.30 petang.

KLIK UNTUK BESARKAN

BYD Kuching, Sarawak

BYD Alor Setar, Kedah

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply