ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen raikan semangat kemerdekaan dengan “Baucar Merdeka”

Berita Tempatan

Views

Sempena meraikan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-62, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini sedang menawarkan tambahan “Baucar Merdeka” bernilai RM1,000 kepada pelanggan yang menempah model Volkswagen pada bulan Ogos.

Baucar Merdeka” ini adalah untuk semua model-model Volkswagen, sebagai tambahan kepada promosi sedia ada dan terpakai untuk semua tempahan yang dibuat bermulai sekarang sehingga 31 Ogos 2019 (bergantung kepada terma dan syarat sementara stok masih ada).

JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro

Berikut adalah senarai model dan penjimatan yang ditawarkan:

Model Penjimatan sehinggaTambahan
Polo RM4,000RM 1,000 

Baucar Merdeka

Vento ComfortlineRM10,000
Vento HighlineRM6,000
Golf R-Line RM2,000
Beetle Sport RM5,000
Tiguan Highline RM2,000
Passat Comfortline RM15,000
Passat Highline RM4,000

Selain itu, promosi sedia ada untuk model Tiguan dan Passat, yang ketika ini didatangkan dengan lanjutan penyelenggaraan percuma selama tiga-tahun sehingga lima -tahun dengan kadar faedah rendah pada 1.88 peratus setahun untuk pembelian kereta baharu sebelum 31 Disember 2019.

Penjimatan TiguanPassat
Kadar faedah rendah 1.88 peratus RM7,700RM8,600
5 Tahun Penyelenggaraan Percuma RM 6,100RM 6,500
Baucar Voucher RM1,000
Jumlah penjimatanRM 14,800RM 16,100

Semua model didatangkan dengan 3 tahun penyelenggaraan percuma, 5 tahun waranti tanpa had perbatuan dan 5 tahun bantuan pinggir jalan.

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan

Promosi selepas jualan yang sedang berlangsung

Penyerap hentak
Pelanggan sedia ada boleh menikmati pemeriksaan percuma di pusat servis Volkswagen, manakala untuk mereka yang perlu menggantikan penyerap hentak akan menerima diskaun tambahan sebanyak 20 peratus daripada harga pasaran. Diskaun ini juga terpakai untuk penyerap hentak dan gegelung spring Volkswagen tulen.

Tayar
Sebagai sebahagian daripada promosi tayar semasa yang telah dilanjutkan sehingga akhir tahun ini, pemilik juga boleh menikmati tayar tahan lama yang berkualiti tinggi bermula dari serendah RM184 dan juga faedah tambahan seperti pemasangan percuma, penjajaran dan imbangan bergantung kepada pakej tayar yang berbeza.

Bateri
Bagi mereka yang perlu menggantikan bateri pula bakal menerima diskaun 20 peratus untuk bateri baharu dengan harga bermula dari RM365 (bergantung kepada model), menerusi promosi bateri yang sedang berlangsung yang turut dilanjutkan sehingga akhir tahun.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil
JOM BACA >> INTIP : Ke manakah destinasi Saga facelift berbungkus ini?
JOM BACA >> INTIP : Saga facelift varian Premium dikesan dari jarak dekat
JOM BACA >> Proton Wira generasi baharu dijelmakan semula secara manipulasi digital

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply