ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP : Saga SE bakal dilancar tak lama lagi!

Views

Kami telah membuka tirai 2017 dengan artikel pertama mengenai foto intipan Saga SE yang sedang diuji berhampiran susur keluar ke Saujana Putra dan telah berjaya dikesan oleh rakan kita, Mohamad Farhan pada 31 Disember 2016. Kali ini kami berjaya memperoleh beberapa foto model tersebut yang telah ditagkan kepada kami oleh Cikgu Albert Sia. Maklumat terbaharu dari Sharil Anuar Shaharudin, mengatakan model Saga dengan kit badan ini sudah mula dijual bermula 2 Mei yang lalu.

BACA >> INTIP : Proton uji Saga versi SE?

Saga varian Premium SE (Edisi Khas) ini didatangkan dengan kit badan penuh dan menurut maklumat dari perisik Mat Bond kami, harga bagi Saga Premium SE naik sebanyak RM1,888. Jadi, harga jualan Proton Saga Premium SE telah ditetapkan pada harga RM47,688 (termasuk GST dan insurans) dan orang ramai yang berminat sudah boleh menempahnya sejak 1 Mei lalu.

Kami juga difahamkan, pemilik Saga sedia ada buat masa ini tidak boleh lagi membeli kit badan tersebut secaral berasingan, ia hanya untuk kereta baharu sahaja. Mungkin jika ada permintaan tinggi Proton akan membuka jualan kit badan ini pada masa akan datang, jadi pemilik Saga sedia ada kena la gasak sikit Proton supaya mereka jual cepat kit badan tu dalam masa terdekat.

Nak tips supaya enjin turbo kereta anda tahan lebih lama? Jom tonton video di bawah.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply