ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Unit ujian GAC Aion S Plus sedang mengecas bateri di Aeon Mall Shah Alam

Foto Intip

Views

Kelibat sebuah kereta elektrik (EV) ‘misteri’ berjaya dirakam oleh lensa kamera pemilik akaun Facebook bernama Faisal Hussamuddin petang tadi.

Beberapa foto sempat dirakamnya dan telah dimuatnaik laman group Malaysian Electric Vehicle Owners Club. EV berbentuk sedan itu telah berjaya dirakam sedang mengecas bateri di parkir Aeon Mall Shah Alam.

Ramai yang menyangkakan ia adalah unit ujian EV sulung Proton, kerana siluet rekaannya hampir menyamai model Geometry A dari Geely.

Corak pelitup celorengnya juga agak berbeza dengan apa yang biasa digunakan oleh Proton. Jika diperhatikan pada nombor plat perdagangan ‘P 1379 A‘ pula, ternyata jangkaan tersebut meleset sama sekali.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Proton lazimnya akan menggunakan nombor plat perdagangan bermula dari abjad ‘B’ di pangkal dan ‘A’ di bahagian hujungnya.

Jadi, model apakah yang sedang diuji itu? Dari komen-komen dan pemerhatian penulis, besar kemungkinan ia adalah model GAC Aion S Plus.

Namun, ada sedikit kelainan pada unit ujian tersebut kerana pemegang pintunya adalah jenis konvensional, bukan jenis tersorok, manakala bentuk rimnya juga kelihatan ‘biasa-biasa’ sahaja.

Model sedan elektrik tahap mercu itu dijana oleh motor elektrik yang menghasilkan 204 kuasa kuda dan 350 Nm daya kilas.

Ia ditawarkan dengan tiga tahap jarak pemanduan berbeza, bermula dari 410 km, 510 km dan 602 km (NEDC). Aion S Plus mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam tempoh 6.8 saat.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Dari segi dimensi, Aion S Plus berukuran 4,810 mm panjang, 1,880 mm lebar dan jarak antara gandar rodanya pula, 2,750 mm.

Di Malaysia, kenderaan dari jenama Guangzhou Automobile Group (GAC), akan diedar dan dipasang oleh WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA), yang merupakan anak syarikat milik penuh Warisan TC Holdings Bhd.

Syarikat tersebut telah melabur lebih RM60 juta untuk menaik taraf kilang pembuatan milik Tan Chong di Segambut bagi pemasangan tempatan model (CKD) model GAC Motor GS3 serba baharu.

Projek CKD terbabit adalah sebahagian daripada perkongsian komersil jangka panjang GAC Motor dan Kumpulan Tan Chong di rantau ASEAN.

Dalam tempoh lima tahun akan datang, WTCA akan memperkenalkan inventori yang menarik dan komprehensif bagi model GAC Motor pemanduan sebelah kanan (RHD), termasuk kenderaan utiliti sukan (SUV), sedan dan kenderaan pelbagai guna (MPV).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Faisal Hussamuddin

GAC Aion S Plus

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply