ARKIB

KATEGORI

Tular

Halang jentera bomba sukarela, pemandu Proton Ertiga disaman polis

Tular

Views

Pemandu kenderaan jenis Proton Ertiga yang dikesan menghalang jentera Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di laluan kecemasan di Jalan Lunas-Padang Serai di Kulim, Ahad lalu disaman polis.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, pihaknya mengesan satu rakaman video berdurasi 40 saat yang tular di media sosial, semalam yang menunjukkan tindakan sebuah kenderaan yang tidak memberi laluan kepada kenderaan PBS.

Menurutnya, kejadian yang tular itu berlaku pada 5.30 petang Ahad lalu. Pihak yang terbabit iaitu seorang lelaki berusia 59 tahun dan mengalami masalah pendengaran itu kemudiannya dipanggil hadir ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim dan tindakan saman sudah dikenakan terhadapnya.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Polis ingin mengingatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya dan dinasihatkan supaya memberi laluan kepada kenderaan kecemasan seperti ambulans, polis dan bomba.

Mohd Azizul turut menyeru masyarakat untuk bersama-sama membanteras kegiatan jenayah dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah kepada mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi talian MERS 999.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply