ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Unit ujian Honda HR-V 2022 dikesan terperangkap dalam kesesakan jalan raya

Foto Intip

Views

Sekali lagi unit ujian Honda HR-V 2022 berjaya dikesan oleh orang awam, kali ini dalam jarak yang lebih dekat. Unit ujian yang sarat dengan celoreng penyamaran itu menggunakan plat perdagangan bernombor M 248 A, sama seperti foto intip dalam artikel kami semalam.

Ia sempat dirakam oleh pemilik akaun Facebook bernama Mohd Asrul B Saari dan dikongsikan ke laman group Proton X50 Community. Pada mulanya dia menjangkakan model tersebut adalah unit ujian SUV terbaharu keluaran Proton.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Generasi ketiga Honda HR-V merupakan salah satu daripada dua model yang bakal dilancarkan oleh Honda Malaysia pada tahun 2022, seperti yang telah diumumkan semasa Majlis Apresiasi Media 2022 baru-baru ini.

Besar kemungkinan Honda Malaysia bakal menawarkan pilihan trenkuasa hibrid e:HEV dengan teknologi i-MMD (intelligent Multi-Mode Drive), sama seperti yang ditawarkan di pasaran Thailand.

Ada ura-ura mengatakan yang ia mungkin ditawarkan dengan pilihan trenkuasa 1.5 liter VTEC Turbo yang menjana Civic baharu. Versi tersebut bakal membuat debut sulungnya semasa pameran Indonesia International Motor Show pada 31 Mac 2022.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Selain itu, pilihan trenkuasa petrol empat-silinder aspirasi alami (NA) 1.5 liter turut ditawarkan sebagai pilihan, di pasaran negara Jepun dan juga Singapura.

Jika Honda Malaysia menepati janjinya untuk menawarkan Teknologi Termaju Generasi Akan Datang seperti VTEC TurboHonda SENSING dan Honda CONNECT dalam barisan model baharunya, ‘agak cerah peluang’ kita untuk mendapat versi turbo dan juga e:HEV nanti.

Sama-sama kita tunggu!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply