Honda Malaysia dalam Majlis Apresiasi Media 2022 semalam, mengumumkan hala tuju perniagaan strategik 2022 dengan menyasarkan jualan sebanyak 80,000 unit.
Sasaran jualan berkenaan telah ditetapkan berdasarkan ramalan syarikat yang menjangkakan Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) mampu mencecah 600,000 unit tahun ini.
Honda Malaysia optimis untuk mencapai sasaran ini dengan merancang strategi bagi tahun 2022 yang bakal menyaksikan pengenalan dua model serba-baharu dan dalam masa yang sama mengukuhkan lagi khidmat selepas-jualan.
Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo, pihaknya mengorak langkah untuk tahun 2022 menerusi momentum kukuh dari pelancaran City Hatchback pada Disember lalu.
Katanya, sejak pelancaran City Hatchback, pihaknya mencatat momentum jualan yang memberangsangkan, meskipun berdepan dengan cabaran pemulihan pasca banjir yang melanda negara baru-baru ini.
Honda Malaysia turut merancang untuk mengembangkan lagi varian unik RS e:HEV dalam barisan model akan datang dan menawarkan model yang memberikan penjimatan bahan bakar yang cemerlang dan rendah emisi karbon di samping pengalaman sporty dan keseronokan memandu buat para pelanggan mereka.
Bagi terus menawarkan nilai baharu kepada pelanggan dan menjadi penanda aras dalam segmen kereta, Honda Malaysia akan memperkenalkan Teknologi Termaju Generasi Akan Datang seperti VTEC Turbo, Honda SENSING dan Honda CONNECT dalam barisan model akan datang.
Selain pengenalan model baharu dan perancangan pemasaran, buat julung kalinya Honda Malaysia menceburkan diri dalam perniagaan Kereta Terpakai Honda Diperakui bagi memberi lebih pilihan buat pelanggan.
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
Mengukuhkan khidmat selepas-jualan pula masih tetap menjadi keutamaan Honda Malaysia pada tahun 2022 menerusi servis bergerak yang menawarkan lebih pilihan.
Pelanggan boleh menikmati khidmat selepas-jualan hanya di hujung jari dengan membuat janji temu menerusi aplikasi HondaTouch.
Honda Malaysia terus mengukuhkan posisi No.1 mereka dalam Segmen Kenderaan Bukan-Nasional selama lapan tahun berturut-turut sejak 2014. Mereka menyumbang jualan sebanyak 53,031 unit dengan pegangan pasaran 10.4 peratus untuk tahun 2021.
Wilayah Tengah kekai menjadi penyumbang terbesar jumlah jualan tahun lalu dengan lebih 25,000 unit, diikuti oleh wilayah Selatan dan Utara dengan lebih 9,800 dan 9,100 unit.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
KOMEN TERKINI