Nampaknya ini mungkin jawapan kepada model yang digembar-gemburkan sebagai SUV terbaharu Perodua tahun 2023 dan dijangka diperkenalkan tahun depan dalam artikel petang tadi.
Kami tertarik dengan satu komen dari rakan pembaca di Facebook bernama Zakwan Zubir yang berkongsi satu pautan dari portal permotoran overdrive.in, memaparkan beberapa foto intip model prototaip olok-olok dua buah SUV saiz sederhana hasil usaha sama Maruti Suzuki dan Toyota.
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
Tidak dapat dipastikan yang mana satu model milik Maruti ataupun Toyota, kerana ia sarat dengan mod penyamaran. Namun, yang menarik perhatian kami adalah reka bentuk luarannya boleh dikatakan mempunyai beberapa persamaan dengan info yang diberikan oleh Automachi.com.
Model yang bakal berentap dengan Hyundai Creta dan KIA Seltos di pasaran India itu mempunyai profil rekaan bumbung agak melengkung di bahagian belakang seakan gaya ‘coupe‘.
Meskipun ia disembunyikan dengan cukup rapi, masih kelihatan sedikit rekaan hadapan dengan lampu jenis terpisah, lampu siang LED (DRL) di atas, manakala lampu utama berada pada bahagian bampar, selain jeriji yang agak besar.
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
Kelihatan juga imbasan bentuk papan pemukanya pada salah satu foto intip yang erjaya dirakamkan. Ia memperlihatkan paparan unit infohibur di tengah-tengah dengan saiz yang agak besar.
Autocar India melaporkan, SUV dengan namakod (YFG) untuk Maruti dan (D22) untuk Toyota itu nanti akan dihasilkan di kilang kedua Toyota yang terletak di Bidadi, Karnataka.
Kedua-dua model ini akan dibangunkan dari pelantar pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA). Model yang dibangunkan khusus untuk ‘pasaran baharu’ ini akan dijana oleh enjin Dual VVT-i 1.5L yang mampu menjana 106 PS dengan 137 Nm daya kilas dan digandingkan dengan transmisi D-CVT.
Info terbaharu dari ejen perisik Mat Bond mengatakan enjin Dual VVT-i 1.5L itu akan menjana versi asas dan ia akan turut ditawarkan dengan trenkuasa hibrid untuk varian andalan.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit 91wheels.com
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
KOMEN TERKINI