ARKIB

KATEGORI

Buletin

KIA Seltos – SUV bandar untuk generasi milenial

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini gergasi automotif dari Korea Selatan, KIA secara rasminya telah memperkenalkan SUV kecil terbaharu mereka, Seltos di satu acara khasi bertempat di Delhi, India. Seltos dijangka memasuki pasaran negara tersebut pada separuh kedua tahun ini.

Apa yang menarik mengenai KIA Seltos?

Rekaan luaran Seltos menggabungkan gaya muda dan garisan tajam dengan rupa sebuah SUV tradisional. Jeriji ‘tiger nose’ kini semakin lebar, dan pada kami ia nampak lebih futuristik apabila kemasan krom digabungkan dengan bentuk kubik timbul. Seltos turut dihiasi dengan lampu nyalaan siang (DRL), lampu kabus dan lampu belakang yang menggunakan LED.

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada

Paling menarik perhatian kami adalah rekaan indikatornya disusun membentuk seakan 3 dimensi yang unik. Difahamkan SUV kecil ini akan mempunyai tiga pilihan saiz rim aloi, bermula dari 16, 17 dan 18 inci. Secara keseluruhan, penggayaan yang dibuat di bahagian luar nampak kemas, sporty dan bakal digilai oleh generasi melenial.

Di ruangan kabin, ia menampilkan sistem infohiburan dengan skrin sentuh besar bersaiz 10.25-inci yang terletak di tengah-tengah papan pemuka. Pelanggan juga boleh menambah spesifikasinya dengan paparan head-up 8-inci, sistem bunyi premium dari Bose dan pelbagai item lagi, sambil menikmati ruang dalaman yang luas yang mirip sebuah lounge.

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada

Sistem keselamatan

Seltos dilengkapi dengan beberapa sistem keselamatan aktif dan pasif, antaranya kawalan cengkaman dan kawalan kestabilan elektronik sebagai ciri standard, selain bantuan mula mendaki, bantuan brek, sensor pakir depan dan belakang serta banyak lagi. Model ini juga boleh mengadaptasikan keadaan jalan yang berbeza dengan tiga pilihan mod pemanduan, Normal, Eco dan Sport.

Pilihan enjin

Bergantung kepada pasaran, Seltos akan ditawarkan dengan dua pilihan enjin petrol1.6-liter turbo (175 kuasa kuda) dan 2.0-liter N/A (147 kuasa kuda). Pilihan enjin 1.6-liter diesel turut ditawarkan yang mampu menghasilkan (134 kuasa kuda). Kesemua unit penjana kuasa ini digandingkan bersama tiga pilihan transmisi, sama ada enam dan tujuh kelajuan automatik dan juga CVT.

Pengeluaran Seltos akan bermula tidak lama lagi di Wilayah Anantapur, Andhra Pradesh, India, dan Gwangju, Korea. Butiran lanjut mengenainya akan diumumkan kelak.

JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply