ARKIB

KATEGORI

Buletin

Peugeot Malaysia siar ‘video acah’ model e-2008, bakal dilancar dalam masa terdekat?

Berita Tempatan

Views

Akaun Facebook rasmi Peugeot Malaysia mula menyiarkan video acah yang memaparkan di sebalik tabir pembikinan iklan komersial bagi model SUV elektrik, e-2008.

Adakah ini memberi petanda bahawa model e-2008 akan dilancarkan dalam masa yang terdekat? Mei tahun lalu, Bermaz Auto Alliance telah mempamerkan model SUV berkenaan sempena Malaysia Autoshow 2023.

Menerusi hantaran tersebut, Peugeot berkata ASEAN rantau bersedia untuk mengalu-alukan barisan pembangunan strategik untuk memacu penggunaan elektrifikasi dalam industri automotif.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Selaras dengan strategi “Dibina dalam Asean untuk Asean” Stellantis, Malaysia bersedia untuk menjadi hab serantau bagi penyelesaian mobiliti yang menekankan pada elektrifikasi seperti pengeluaran bateri EV, dan penubuhan Akademi Latihan Serantau.

Dalam artikel terdahulu, Stellantis N.V. (Stellantis) mahu menjadikan Malaysia sebagai hab eskport di rantau ini dan Asia Pasifik dengan sasaran untuk mengeksport kira-kira 280,000 kenderaan dalam tempoh empat tahun bermula tahun depan.

Ketua Pegawai Operasi India dan Asia Pasifik Stellantis, Ashwani Muppasani, berkata kesemua kenderaan yang dihasilkan di kilang di Gurun, Kedah itu akan dieksport ke 20 negara dalam Asia Pasifik dalam tempoh 2025 hingga 2028.

Ujarnya, sasaran ini akan dibantu oleh kemudahan mereka di Gurun yang dijangka akan dapat berada pada kapasiti pengeluaran penuhnya menjelang akhir 2026 dipacu oleh eksport.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Berbalik kepada model e-2008, ia dipacu oleh motor elektrik di gandar roda hadapan (FWD) yang menjana 134 kuasa kuda dan 260 Nm daya kilas.

SUV kompak ini mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa 10 saat. Halaju maksimumnya pula adalah 150 km/j. Ia dikuasakan oleh bateri lithium ion berkapasiti 50 kWj dengan jarak pemanduan 320 km (WLTP).

Dari segi pengecasan, ia boleh menggunakan pengecas DC sehingga 100 kW dengan tempoh mengecas dalam 30 minit untuk takat bateri dari 10 peratus ke 80 peratus.

Selain itu, ia juga boleh menggunakan pengecas AC sehingga 11 kW dan masa mengecas kira-kira 4 jam 40 minit untuk takat bateri dari 20 peratus ke 80 peratus.

KLIK UNTUK BESARKAN

Peugeot e-2008

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply