ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Unit ujian Peugeot E-3008 dikesan, bakal dilancar tahun ini ke?

Foto Intip

Views

Stellantis Malaysia pada ketika ini sedang menguji model SUV elektrik terbaharu mereka, Peugeot E-3008 di jalan raya Malaysia.

Kelibat Peugeot E-3008 yang hanya menutup bahagian lambangnya sahaja dengan pelekat hitam dan menggunakan plat perdagangan telah berjaya dirakam baru-baru ini.

Ia dikongsikan oleh sahabat kami, Amir Zaheen Minhaj yang memperoleh foto-foto ini di laman kumpulan (group) Facebook Peugeot 2008 (2021) Malaysia.

Tidak dipastikan di mana lokasi sebenar penemuan model tersebut, namun salah satu foto dikatakan telah dirakam di dalam fasiliti kilang.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Dari segi dimensi, Peugeot E-3008 berukuran 4,540 mm panjang, 1,890 mm lebar, 1,640 mm tinggi dan jarak tapak roda 2,730 mm.

Peugeot E-3008 ditawarkan dalam dua varian, iaitu Allure dan GT yang menawarkan pilihan motor tunggal pacuan roda hadapan (2WD) dengan output 213 PS dan versi ‘jarak jauh’ dengan output 231 PS.

Satu lagi versi dilengkapi dwimotor pacuan semua roda (AWD) dengan hamburan kuasa 326 PS. Model ini dikuasakan oleh pek bateri jenis ‘nikel-mangan-kobalt’ 400V, dengan pilihan versi 73 kWj dan 98 kWj.

Dari segi jarak pandu, versi 73 kWj mampu bergerak sejauh 525 km, manakala versi 98 kWj memberi jarak sehingga 700 km. Bateri ini menyokong pengecasan AC 11 kW (pilihan), AC 22 kW (tambahan) dan DC 160 kW.

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

Untuk pengecasan pantas DC, takat baterinya boleh meningkat dari 20 ke 80 peratus dalam masa 30 minit untuk versi standard, manakal untuk versi jarak jauh pula hanya memerlukan masa di bawah 30 minit.

Ruang kabinnya menawarkan Peugeot Panoramic i-Cockpit yang dilengkapi dengan paparan sesentuh melengkung 21-inci untuk varian GT. Varian Allure pula menggunakan dua panel paparan 10 inci yang digabungkan.

Peugeot E-3008 ditawarkan dengan enam pilihan warna iaitu Obsession Blue, Ingaro Blue, Okenite White, Pearl Black, Artense Grey dan Titanium Grey.

Aspek keselamatan merangkumi pakej Drive Assist Plus yang terdiri daripada Kawalan Jelajah Adaptif dengan fungsi henti-dan-gerak, Bantuan Kekal Lorong, Bantuan Tukar Lorong, Notifikasi Had Kelajuan, AEB, Amaran Tersasar Lorong, Amaran Perhatian Pemandu, Pemantau Titik Buta Jarak Jauh (sehingga 75 meter), Kawalan Turun Bukit dan Kawalan Cengkaman.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Amir Zaheen Minhaj

Foto rasmi Peugeot E-3008

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply