Mdua Motor Sdn. Bhd. (KOVE Malaysia) semalam telah mengumumkan pelancaran pelepasan rasmi (Flag-Off) pasukan KOVE Malaysia Racing Team yang bakal berentap dalam saingan rali Asia Cross Country Rally 2024 (AXCR2024) di Thailand.
Rali berprestij yang merangkumi jarak lebih 2,000 kilometer di laluan kawasan terpencil dan jalan raya ini, menjanjikan perjalanan yang mencabar dan mendebarkan dari Surat Thani ke Kanchanaburi.
Acara lasak ini bakal berlangsung selama enam hari, bermula dari 12 Ogos sehingga 17 Ogos 2024.
Perlumbaan AXCR2024 yang diiktiraf oleh FIA ini terkenal dengan laluan yang sukar dan mencabar. Peserta turut dibahagikan kepada kategori kereta dan motosikal, masing-masing dengan kuasa dan spesifikasi tertentu.
Mewakili pasukan KOVE Malaysia adalah Hazim Hayazi, seorang pelumba motosikal lasak muda dan berbakat dari Malaysia.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Kemahiran dan ketahanan beliau dalam perlumbaan jalan lasak (off-road) telah terbukti membuahkan beberapa kejayaan penting dalam sukan ini, antaranya:
- Juara Kelas-C di GIVI Rimba Raid 2023
- Juara ‘King of Royal Rumble’ dalam Royal Rumble Hard Enduro Rider 2023
- Tempat ketiga keseluruhan di WRC Orange Enduro 2023 dalam Kategori Terbuka
- Tempat keempat dalam Kelas C di Gamuda Gardens Advenduro-X 2024
Untuk AXCR2024, Hazim akan menunggang jentera KOVE 450 Rally, yang dilengkapi dengan sistem navigasi ‘roadbook’ yang canggih serta kit perlumbaan yang mirip kepada perlumbaan Rali-Dakar.
Beliau juga turut ditemani dan disokong oleh dua juruteknik muda yang berpengalaman dari bahagian teknikal dan logistik KOVE Racing Team.
KOVE Malaysia Racing Team adalah pasukan perlumbaan lasak yang baharu serta diinspirasikan oleh kejayaan cemerlang pasukan prinsipal perlumbaan KOVE yang telah menguasai peringkat rali motosikal di kejohanan Rali Taklimakan di China.
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
Penyertaan ini juga merupakan satu penghormatan istimewa, memandangkan KOVE Malaysia Racing Team adalah satu-satunya wakil tunggal Malaysia dalam acara AXCR yang berprestij ini.
Penyertaan pasukan KOVE dalam AXCR2024 turut mengetengahkan kesugguhan serta komitmen kami untuk membuktikan ketahanan dan prestasi motosikal KOVE dalam pelbagai keadaan persekitaran di ASEAN.
KOVE berhasrat untuk menggunakan acara ini sebagai medan ujian bagi menguji keupayaan luar biasa KOVE 450 Rally.
Sasaran pasukan pada saingan kali ini juga bukan sekadar untuk menamatkan perlumbaan, malah turut mengintai peluang untuk memenangi beberapa pusingan dalam jadual rali AXCR2024 kali ini.
Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada Hazim Hayazi dan seluruh pasukan KOVE Malaysia Racing!
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
KOMEN TERKINI