Volvo Car Malaysia hari ini memperkenalkan Volvo XC60 facelift yang kini didatangkan dengan tambahan ciri keselamatan, gaya luaran yang lebih segar dan integrasi dengan Google Service. Dua varian ditawarkan iaitu:
- XC60 B5 Momentum – RM292,266.50
- XC60 Recharge T8 Inscription Plus – RM325,449.40
Model ini akan menampilkan Pakej Perkhidmatan Digital baharu yang meliputi integrasi kawalan-suara Google Assistant yang membolehkannya mengawal beberapa aplikasi, termasuklah Google Map.
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
Menurut Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump, model ini memberikan pengalaman infohibur paling intuitif dalam industri automotif. XC60 facelift ini menampilkan reka bentuk Scandinavian yang dipertingkatkan.
Antara perubahan yang dibuat adalah jeriji rekaan baharu, bampar hadapan baharu dan warna luaran baharu. Untuk varian T8, ia didatangkan dengan rim aloi 19-inci, 6-pelbagai jejari kemasan hitam potongan-berlian rekaan baharu dan sistem audio dari Bowers and Wilkins.
XC60 facelift dijana oleh enjin berkembar 2.0 liter empat silinder yang dipadankan dengan transmisi 8-kelajuan automatik dengan Geatronic.
Enjin yang dilengkapi dengan supercharger dan turbocharger ini mampu menghasilkan 407 kuasa kuda dengan 640Nm daya kilas, dengan tambahan 87 kuasa kuda dan 240Nm daya kilas dari bateri.
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
Model ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 5.3 saat, dengan kecekapan bahan api 2.2 liter bagi setiap 100km.
Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang merangkumi hindar kemalangan, bantuan kekal laluan, mitigasi terbabas, amaran lintasan trafik dengan brek automatik, sistem informasi titik buta dan kamera pandangan keliling.
Antara ciri-ciri lain termasuklah Volvo Car App dan Connected Services, yang menghubungkan anda dengan kenderaan Volvo menerusi peranti mudah alih dan kawalan suara.
Sebagai contoh, anda boleh menyejukkan kereta di parkir secara kawalan jauh, memeriksa status kereta, mengunci dan membuka pintu serta banyak lagi.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >>
KOMEN TERKINI