ARKIB

KATEGORI

Buletin

Isu “ketidaksempurnaan prosedur” – UMW Toyota bersama pihak berkuasa sedang tangani dengan segera dan telus

Berita Tempatan

Views

Satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) hari ini berhubung dengan perkembangan terkini mengenai ujian keselamatan di Daihatsu Motor Co Ltd (DMC).

Menerusi kenyataan itu, UMWT menjamin pelanggan dan orang ramai bahawa ia komited untuk meneruskan pengurusan dengan telus dan penuh akauntabiliti.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Ini berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh Toyota Motor Corporation (TMC) yang melaporkan ketidaksempurnaan prosedur dalam ujian yang dilaksanakan oleh DMC, yang memberi kesan kepada tiga model Toyota yang diedarkan oleh UMWT di Malaysia.

Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K. berkata, pihaknya ingin menekankan komitmen mereka dalam mengekalkan piawaian dan kualiti tertinggi dalam kenderaannya.

Beliau juga menasihati pelanggan supaya usah bimbang kerana mereka kini sedang berusaha untuk memastikan kesemua kenderaannya di Malaysia mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkaitan.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

UMWT bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa kawal selia untuk menangani isu ini secara segera dan telus, dengan komitmen untuk menyediakan kenderaan berkualiti tinggi kepada pasaran Malaysia.

Pihaknya juga faham betapa pentingnya kepercayaan pelanggan dan berazam untuk memperkukuhkan keyakinan pelanggan terhadap mereka.

Tambah beliau lagi, komitmen mereka terhadap kepuasan pelanggan sentiasa menjadi fokus utama.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply