ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mengaku rempuh sekatan jalan raya, duda didenda RM1,700

Berita Tempatan

Views

Seorang duda didenda RM1,700 selepas mengaku salah di Mahkamah Majistret di Batu Pahat, hari ini atas pertuduhan menghalang penjawat awam dengan merempuh sekatan jalan raya, minggu lalu.

Mohamad Bariq Kamsan, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Nur Asidah A Rahman. Mahkamah juga mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tujuh bulan sekiranya gagal menjelaskan denda.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menghalang Koperal Shaiful Ezeham Hamid daripada menjalankan tugas ketika mengadakan sekatan jalan raya di Batu 7, Jalan Besar Tongkang Pechah, di sini, pada jam 10 malam, 18 Disember lalu.

Dia yang bekerja kampung didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Khalijah Khalid manakala tertuduh diwakili Tan Song Yan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mengikut fakta kes, tertuduh berseorangan ketika itu memandu sebuah kereta, melalui sekatan jalan raya di Tongkang Pechah.

Sebaik tiba di lokasi, tertuduh tidak mengendahkan arahan pihak polis supaya berhenti sebelum bertindak memecut melarikan diri. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply