ARKIB

KATEGORI

Buletin

Isuzu D-Max terbukti jimat bahan api, catat perjalanan sejauh 2,000 km dengan hanya satu tangki

Berita Tempatan

Views

Isuzu D-Max berjaya membuktikan kemampuan penjimatan bahan apinya sekali lagi apabila kesemua tiga unit model terkininya berjaya mencatatkan perjalanan jarak 2,000 km dengan satu tangki bahan api yang hanya berkapasiti 76 liter!

Sebelum ini, trak pikap tersebut pernah menamatkan perjalanan dari Bangkok ke Singapura dengan menempuh jarak sejauh 1,809 km hanya dengan satu tangki diesel.

Selain itu, syarikat juga telah berjaya menguji dengan memandu model 1.9 liter Single Cab dengan beban satu tan dan mencapai jarak lebih 1,000 km dengan hanya satu tangki penuh bahan api, walaupun terpaksa menempuh tiga kawasan pergunungan yang masing-masing mempunyai ketinggian 1,000 meter dari paras laut.

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

Terbaharu, Dura Miles Challenge anjuran Isuzu Malaysia menguji pula kemampuan tiga unit berbeza Isuzu D-Max iaitu varian 1.9 liter 4×2 Auto Plus, 1.9 liter 4×4 Auto Premium dan 3.0 liter 4×4 X-Terrain yang dipandu dari bandar Phitsanulok di Thailand yang berada kira-kira 300 km di utara Bangkok, menuju ke Klang, Selangor.

Ini merupakan kali pertama syarikat melakukan ujian sedemikian terhadap Isuzu D-Max generasi ketiga yang terbaharu ini. Tidak hanya menampilkan gaya dengan rekaan luaran aerodinamik, Isuzu D-Max 2024 juga menampilkan enjin Euro 4 yang dipertingkat, yang memberikan janaan kuasa dan kecekapan bahan api sekali gus.

Ujian ini turut disaksikan oleh pegawai teknikal daripada Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) yang melekatkan pelekat keselamatan tangki minyak dan sekali gus menjadi pemerhati bagi memastikan tiada isian semula dilakukan sepanjang perjalanan.

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami

Ini sekali gus mencatatkan nama Isuzu D-Max ke dalam Malaysian Book of Records bagi “Trak Pikap Yang Paling Jauh Dipandu Dengan Satu Tangki Bahan Api“.

Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe berkata, kejayaan itu membuktikan kecemerlangan kejuruteraan Isuzu dalam membangunkan enjin diesel Blue Power yang memberikan prestasi di luar jangkaan kebiasaan penggunaannya.

Ketika majlis berkenaan, Okazoe yang disertai oleh Ketua Pegawai Operasi, Bahagian Kenderaan Perdagangan Ringan, Kenkichi Sogo turut menerima sijil penyempurnaan cabaran daripada Ketua Setiausaha MAM, S. N. Nanthan dan Pemerhati Muhammad Siraj dan sijil pencapaian daripada wakil Malaysian Book of Records, Edwin Yeoh dan Mohd Nazrul.

Sogo berkata, dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, termasuklah harga diesel, mereka yang menggunakan Isuzu D-Max untuk urusan harian akan mendapat manfaat daripada ciri penjimatan bahan api ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply