ARKIB

KATEGORI

Tular

Jabatan Penjara Malaysia perjelas isu tular ‘banduan cuci kereta’

Tular

Views

Jabatan Penjara Malaysia menjelaskan perkhidmatan mencuci kenderaan dibuka kepada orang awam yang hendak menggunakan perkhidmatan melibatkan penghuni penjara dengan kadar harga bayaran berpatutan dan berkualiti.

Sinar Harian melaporkan, menurut kenyataan jabatan itu, penghuni penjara yang terlibat telah dilatih dan diberi kemahiran dalam program pemulihan luar penjara yang dikenali sebagai Banduan Kerja Luar Penjara (BKLP).

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Setiap penghuni menerima upah atau gaji hasil daripada pekerjaan yang dilakukan. Program BKLP melibatkan banduan yang telah menjalani saringan ujian fizikal dan mental tertentu sehingga layak diberi pelepasan untuk menjalani BKLP dengan pemantauan anggota penjara.

Kebanyakan institusi menawarkan perkhidmatan mencuci kenderaan. Semalam (Sabtu), warganet dilapor menyerang seorang penjawat awam yang dikatakan menyiarkan gambar dalam Facebook mengenai seorang banduan mencuci kereta miliknya.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Menerusi status media sosial tersebut, pegawai penjara berkenaan didakwa menyuruh banduan tersebut membuat sesuatu untuk kepentingan peribadinya.

Menurut kenyataan itu, masyarakat atau komuniti setempat yang berhasrat untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan dialu-alukan untuk berhubung dengan penjara berdekatan.

Dengan menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan ini menandakan sokongan masyarakat dan komuniti setempat terhadap program pemulihan Jabatan Penjara Malaysia dalam menyediakan peluang pekerjaan dan kerjaya kepada penghuni apabila dibebaskan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply