ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo XC60 facelift mendarat di Sabah dan Sarawak

Berita Tempatan

Views

Volvo Car Malaysia hari ini memperkenalkan XC60 facelift di Sabah dan Sarawak. Model SUV yang digelar “The New Smarter XC60“, kini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan tambahan, rupa luaran yang segar dan integrasi Google Service.

Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump, berkata pihaknya amat teruja untuk memperkenalkan model ini ke Sabah dan Sarawak. Model keluaran Volvo Car Malaysia di Sabah akan diedarkan oleh Sebangga Mitsinbo.

Model ini akan menampilkan Pakej Perkhidmatan Digital baharu yang meliputi integrasi kawalan-suara Google Assistant yang membolehkannya mengawal beberapa aplikasi, termasuklah Google Map.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Pengerusi Kumpulan Sebangga, Datuk Arif Ambrose Ng berkata, pihaknya mengalu-alukan kedatangan model ini yang bakal menjadi sebahagian daripada armada Volvo di Sabah. XC60 facelift ini menampilkan reka bentuk Scandinavian yang dipertingkatkan.

Antara perubahan yang dibuat adalah jeriji rekaan baharu, bampar hadapan baharu dan warna luaran baharu. Untuk varian T8, ia didatangkan dengan rim aloi 19-inci, 6-pelbagai jejari kemasan hitam potongan-berlian rekaan baharu dan sistem audio dari Bowers and Wilkins.

XC60 facelift dijana oleh enjin berkembar 2.0 liter empat silinder yang dipadankan dengan transmisi 8-kelajuan automatik dengan Geatronic.

Enjin yang dilengkapi dengan supercharger dan turbocharger ini mampu menghasilkan 407 kuasa kuda dengan 640Nm daya kilas, dengan tambahan 87 kuasa kuda dan 240Nm daya kilas dari bateri.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Model ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 5.3 saat, dengan kecekapan bahan api 2.2 liter bagi setiap 100km.

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang merangkumi hindar kemalangan, bantuan kekal laluan, mitigasi terbabas, amaran lintasan trafik dengan brek automatik, sistem informasi titik buta dan kamera pandangan keliling.

Antara ciri-ciri lain termasuklah Volvo Car App dan Connected Services, yang menghubungkan anda dengan kenderaan Volvo menerusi peranti mudah alih dan kawalan suara.

Sebagai contoh, anda boleh menyejukkan kereta di parkir secara kawalan jauh, memeriksa status kereta, mengunci dan membuka pintu serta banyak lagi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply