ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jalan licin, kereta peronda polis pengiring MB Johor terbalik

Berita Tempatan

Views

Sebuah kenderaan peronda (MPV) polis dipandu seorang anggota terbalik ke bahu jalan semasa melaksanakan tugas mengiring Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Kilometer 76 Jalan Johor Bahru-Mersing, pagi tadi.

Utusan Online melaporkan, kenderaan tersebut mengiringi Onn Hafiz yang melakukan lawatan ke Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) di Jeti Awam Majlis Daerah Mersing susulan empat warga asing hilang ketika melakukan aktiviti menyelam di Pulau Tokong Sanggol, di Kota Tinggi semalam.

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 9.50 pagi melibatkan kereta peronda polis jenis Honda Civic.

Kemalangan ini dipercayai berlaku apabila mangsa (pemandu) dalam perjalanan dari arah Mersing menghala ke Johor Bahru gagal mengawal kenderaan dipandu ketika melalui selekoh akibat jalan licin serta basah kerana hujan sebelum terbabas ke kiri jalan lalu terbalik.

Akibat kemalangan tersebut, kedua-dua mangsa iaitu pemandu berumur 32 tahun mengalami kecederaan ringan dan penumpang yang berumur 42 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Tambah Hussin, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa.

Katanya, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda minimum RM4,000 dan tidak lebih RM10,000 serta boleh juga dipenjara selama tempoh tidak lebih 12 bulan.

Tambah beliau, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa peka dan patuh undang-undang serta peraturan yang ditetapkan demi menjaga keselamatan bersama semasa di jalan raya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply